in

Peraduan Twilight Movie Marathon di Cathay Cineleisure Budiey.com

The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 akan menemui penonton tak lama lagi. Ya, pastinya ramai pembaca yang menunggu kesudahan filem yang diadaptasi dari novel ini. Okay, sila bawa bersabar ye, rileks semua… sebab penantian akan berakhir tak lama lagi.

Budiey dikhabarkan, filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai tanggal 22 November nanti. Jadi, Budiey pun dah tak sabar untuk menonton babak-babak seterusnya dan menonton lakonan hebat pelakon-pelakon Twilight di pawagam.

Bersempena dengan tayangan filem penamat siri Twilight ini, Budiey dengan kerjasama Cathay Cineleisure dan Nusantara Edaran Filem Sdn Bhd akan mengadakan The Twilight Saga Movie Marathon pada 23 November, hari Jumaat bermula dari jam 8 malam sehingga 8 pagi 24 November 2012 di Cathay Cineleisure.

Twilight Movie Marathon

Ini bermakna selama 12 jam anda akan dihidangkan kesemua filem The Twilight, dari awal sampai habis. Sanggupkah anda bersengkang mata, tak tidur, berjaga sampai pagi? Jika anda sanggup, haaaa Budiey ada berita baik untuk anda semua! Budiey ada 20 tempat duduk kepada pembaca yang berminat untuk join.

Selain tayangan kelima-lima filem Twilight, acara Movie Marathon ini diselit dengan sesi cabutan bertuah dan juga macam-macam permainan yang akan dikendalikan oleh penyampai Red FM & NEF.

Budiey yakin seyakinnya, ramai peminat setia siri ini teruja dan super duper excited untuk join Movie Marathon ini. Namun, Budiey hanya ada 20 tempat duduk untuk diberikan kepada pembaca setia budiey.com. Mmm… pasti susah nak pilih pemenang, kan?

Ops, sekejap. Apa kata hilangkan keterujaan anda itu dengan menonton trailer ini:

Kepada yang terpilih nanti, jangan lupa pakai baju tema Twilight untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan. Anda bebas untuk memilih watak yang anda suka.

Sedikit aturcara yang akan berlangsung 23 November ini:

8:00pm Registration / Ticket Redemption
9:00pm to 11:10pm The Twilight Saga
11:20pm to 01:30am The Twilight Saga New Moon
01:40am to 03:45am The Twilight Saga Eclipse
03:55am to 05:55am The Twilight Saga Breaking Dawn Part 1
06:05am to 08:05am The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

Kepada yang nak join Twilight Movie Marathon ini, anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di acara ini di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara.

Tarikh: 23 November 2012, Jumaat
Jam: 8 malam
Tempat: Cathay Cineleisure

Terima kasih buat Cathay Cineleisure yang menyediakan lokasi untuk #TwilightMovieMarathonBudiey

Cathay Logo

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Movie Marathon ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #TwilightMovieMarathonBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #TwilightMovieMarathonBudiey bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

1. Jawab soalan 1: Berikan watak jahat dalam filem Twilight.

2. Jawab Soalan 2: Sebutkan nama pelakon utama yang ada dalam poster filem kat bawah ni:

The Twilight Saga Breaking Dawn part 2

Slogan: Saya mahu hadir di #TwilightMovieMarathonBudiey bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Twilight Movie Marathon di Cathay Cineleisure Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
21 November 2012

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih Cathay Cineleisure & NEF atas kesudian menjemput pembaca budiey.com.

The Twilight Saga Breaking Dawn part 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Amarkala Deepavali Dari Little India

Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega Minggu 1