in

Peraduan Tonton Filem CHANTEK di Budiey.com & Menangi iPad2

Budiey rasa tak puas dengan hanya memberikan hadiah sebuah 1Pad2 di #PartyBudiey sempena Ulangtahun Budiey.com yang ke-5 yang lalu. Ramai pembaca yang kecewa frust menonggeng kerana tak menang sebab hanya seorang pembaca bertuah yang hadir di #PartyBUdiey je yang dapat.

Jadi, Budiey ingin membuka peluang ini sekali lagi di mana sebuah iPad2 akan diberikan kepada pembaca budiey.com yang menyertai Peraduan Tonton Filem CHANTEK di Budiey.com. Selamat mencuba!

Filem CHANTEK kini sedang rancak ditayangkan di pawagam mulai 16 Februari lalu. Jadi apa kata, semarakkan rasa cinta & kasih sayang anda dengan menonton filem Chantek di pawagam berdekatan bersama insan-insan tersayang.

Filem terbitan Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini sekali lagi menggunakan khidmat Pierre Andre sebagai pengarah dan lakon layar filem terbitan mereka setelah berjaya dengan Al-Hijab, filem terbitan pertama mereka pada tahun lepas.

Sinopsis Filem Chantek

AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri.

Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”

Poster Chantek

PERADUAN TONTON FILEM CHANTEK & MENANGI IPAD2

ipad-2

Menangi hadiah utama iaitu iPad2 & empat hadiah eksklusif dengan 3 langkah mudah berikut :

Langkah 1

Tonton filem CHANTEK di pawagam berdekatan anda sekarang. Sila simpan tiket filem sebagai bukti penyertaan. (Dua tiket filem bagi satu penyertaan)

Langkah 2 

Chantek

Isikan dialog dalam gambar babak Pierre Andre bersama Nurul Ekasari mengikut kreativiti anda. Pastikan dialog tersebut lucu & romantik

Tulis jawapan seperti berikut :

Dialog Pierre Andre :

Dialog Nurul Ekasari :

Langkah 3 

Hantarkan penyertaan anda berserta maklumat :

  1. Nama penuh
  2. Alamat Surat Menyurat
  3. Nombor telefon
  4. No kad pengenalan
  5. E-mel,
  6. Berserta 2 tiket filem Chantek

Hantarkan penyertaan anda ke alamat:

Peraduan Chantek bersama Sensasi Selebriti

Alternate Pictures Sdn Bhd

D6-3-G Jalan PJU 1A/46 ,

Pusat Perdagangan Dana 1,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan

Syarat & Peraturan :

  1. Peraduan terbuka buat semua pembaca Sensasi Selebriti
  2. Setiap penyertaan perlu besertakan 2 tiket filem Chantek yang original.
  3. Peraduan bermula sekarang sehingga 3 Mac 2012.
  4. Segala keputusan adalah muktamad dari pihak penganjur Alternate Pictures Sdn Bhd & segala bantahan tidak akan dilayan.
  5. Pemenang hadiah tidak dipilih oleh pihak Sensasi Selebriti tetapi akan dipilih oleh penganjur iaitu Alternate Pictures Sdn Bhd.
  6. Pemenang yang berjaya akan dihubungi & dimaklumkan oleh penganjur.
  7. Penganjur berhak menggunakan segala maklumat penyertaan untuk promosi.
  8. Penganjur berhak menukar syarat penyertaan & hadiah dengan nilai yang sama atau lebih.
  9. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan dinilai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Pulau Arahan Pertama Azma Aizal Yusof

Penyanyi Hip Hop Didakwa Rogol Anak Tiri