in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem POINT BREAK

Premiere With Budiey terus menggegarkan sinema Malaysia, Budiey alu-alukan kepada anda semua sebuah filem aksi lasak yang wajib ditonton berjudul POINT BREAK di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Paling mengujakan apabila Budiey dapat tahu, filem ini ditayangkan lebih awal dari Amerika Syarikat! Maknanya apa tuh? Ya, kita antara penonton pertama filem ini di dunia! Sila tepuk tangan ramai-ramai!

Kalau nak tahu, filem arahan Ericson Core ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 3 Disember 2015. Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang padat dengan aksi ini bersama beberapa selebriti dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Filem POINT BREAK adalah sebuah filem re-make dari filem thriller yang dikeluarkan pada tahun 1991 dengan judul yang sama.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer POINT BREAK yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Cinemas.

Filem lakonan Teresa Palmer (Samsara), Luke Bracey (Johnny Utah), Édgar Ramírez (Bodhi), Ray Winstone (Angelo Pappas) sebenarnya mengisahkan tentang dunia penyiasatan. Menceritakan seorang agen FBI muda Johnny Utah lakonan Lukas Bracey menentang pasukan ahli suka olahraga yang cukup ekstrim luar biasa. Pasukan atlit ini dilihat mencurigai kerana mendalangi beberapa kejadian yang belum pernah berlaku sebelum ini. Antaranya, rompakan besar-besaran yang melibatkan perusahaan canggih. Nak tak nak, Johnny Utah terpaksa memboloskan dirinya dalam pasukan ini untuk membuktikan segala kejahatan yang dilakukan.

Agen FBI Johnny Utah telah menyamar dan terpaksa melalui liku cabaran dan bahaya. Ini adalah untuk membuktikan kumpulan atlit adalah perancang utama rompakan tersebut.

Filem ini sebenarnya mempamerkan aksi lasak yang cukup berani dan juga stunt atlit olahraga terkenal di dunia. Sukan ekstrim yang ditampilkan termasuk snowboarding, wingsuit flying, free rock climbing, high-speed motocross, dan selancar pada ketinggian 70-kaki.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang mengujakan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

POINT BREAK

Sinopsis Filem POINT BREAK


In the fast-paced, high-adrenaline action thriller “Point Break” a young FBI agent, Johnny Utah (Luke Bracey), infiltrates a cunning team of thrill seeking elite athletes –led by the charismatic Bodhi (Edgar Ramirez). The athletes are suspected of carrying out a spate of crimes in extremely unusual ways.

Deep undercover, and with his life in imminent danger, Utah strives to prove they are the architects of a string of inconceivable crimes.

The film is replete with the most daring athleticism ever seen in a motion picture. These action adventure feats are performed by elite athletes representing the world’s best in class in big-wave surfing, wingsuit flying, sheer-face snowboarding, free rock climbing, and high-speed motorcycling.

Peraduan Tayangan Premiere Filem POINT BREAK

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 200 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

2 Disember 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV Cinemas 1 Utama, Bandar Utama – Hall 5

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere POINT BREAK – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #PointBreak

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #PointBreak kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama dalam filem POINT BREAK

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere POINT BREAK – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere POINT BREAK – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

1 Disember 2015 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 3 Disember 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Cinemas : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

POINT BREAK

POINT BREAK

POINT BREAK

POINT BREAK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Sissy Imann & Tom K Davies Cover Lagu WRITINGS ON THE WALL Sam Smith

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – GHOST THEATER