in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey UNDER THE MASK

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere UNDER THE MASK – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang penuh dengan seram dan suspen ni. Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Filem seram  UNDER THE MASK dari Thailand ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 29 Oktober 2015.

under-the-mask

Sinopsis UNDER THE MASK

Ceritanya berkisar dari 70 tahun yang lalu di mana ada tempat di sebuah desa yang dikenali sebagai Dance Jungle, di mana semua seniman tarian rakyat berkumpul dan tinggal di situ. Terdapat kebangkitan pertunjukan seni tari. Silp, seorang yatim piatu adalah raja tarian rakyat. Dia bercita-cita untuk mengikuti jejak ayahnya menjadi Yaksha Khon atau artis bertopeng, tapi seperti sudah ditakdirkan mimpi tersebut tak direalisasikan.

Dia berlaku curang dengan isteri Master atau Gurunya dan dibunuh tepat di tempat perlengkapan tarian. Kemudian penduduk desa dihantui oleh ketakutan dan kemarahan sehingga mereka akhirnya meninggalkan desa. Sejak saat itu tempat tersebut telah menjadi desa yang menakutkan. Tidak ada orang yang berani menginjakkan kaki, bahkan di siang hari. Semangat Silp seakan telah berubah menjadi penunggu di desa itu.

Seiring dengan berjalannya waktu, terdapat sekelompok pencuri yang beraksi di lingkungan tersebut dan telah membuat kerusuhan pada van yang sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah pesta. Hal tersebut menghubungkan satu sama lain, sampai seseorang tertembak mati sehingga para pencuri mengambil kelompok orang yang dijadikan sebagai sandera dan tersandung dengan raksasa Tari Jungle (Dance Jungle). Perburuan, perjuangan, dan pengkhianatan terjadi di hutan angker yang besar dan terkutuk tersebut. Setiap orang memiliki sesuatu yang dirahsiakan dari orang lain. Apakah itu nasib, kebetulan, atau karma yang membawa mereka ke tempat itu?

Bahasa: Thailand
Jenis Filem: Horror
Pelakon: Kulmas Limprawutvaranun, Sithichai Pabchompoo, Vitid Lat, Apichart Donchomprai, Pachrapon Junteng, Makarin Phumsaard, Nannichada Vitsawavisuth, Nisawan Silapapearsea.
Sutradara: Soth Penhboramy

Peraduan Tayangan Premiere UNDER THE MASK

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

26 Oktober 2015 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere UNDER THE MASK– Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #UNDER THE MASK kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem UNDER THE MASK

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere UNDER THE MASK – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere UNDER THE MASK – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
25 Oktober 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 29 Oktober 2015.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apabila Artis Youtube Diraikan di WEBTVASIA AWARDS 2015

Fakta Tentang Drama Siri HALFWORLDS Yang Anda Perlu Tahu