in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – KRAMPUS

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Untuk acara Premiere With Budiey pada bulan Disember ini, sudah tentu pawagam akan dibanjiri dengan filem sempena dengan curi Krismas kan. Salah satu filem yang Budiey maksudkan ialah filem KRAMPUS.

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem thriller seram berjudul KRAMPUS di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer KRAMPUS yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama dan suspen ni.

Filem ini diarahkan oleh Michael Dougherty dan skripnya pula ditulis oleh Dougherty, Tood Casey dan Zach Shields. Krampus ini dibintangi oleh Allison Tolma, Emjay Anthony, Adam Scott, David Koechner dan Stefania Owen.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 3 Disember 2015.

Untuk kalian yang menyukai filem thriller, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Super 8 tkt

Sinopsis Filem KRAMPUS

Filem ini mengisahkan Krampus yang merupakan haiwan buas yang muncul seperti hantu. Krampus sebenarnya berasal dari seorang Santa Claus yang jahat, Krampus ini berasal dari cerita legenda kuno rakyat dan juga penganut kristian di Jerman. Semasa sambutan Hari Natal, Krampus akan mencari dan menemukan orang-orang yang memiliki dosa dan akan menghukum mereka.

Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Max (lakonan Emjay Anthony) dan keluarga yang berkumpul sempena untuk merayakan Hari Natal. Pertemuan keluarga besar ini seharusnya berlangsung dalam suasana damai namun, berakhir dengan pertengkaran anak beranak.

Oleh kerana Max ini sangat kecewa, beliau kemudian mengoyak suratnya untuk Santa. Saat itulah, mala petaka aneh pun muncul. Rupanya, pertengkaran keluarga ini telah melepaskan iblis ganas yang bernama Krampus. Mampukan Max dan keluarganya selamat dari dikejar Krampus.

Peraduan Tayangan Premiere Filem KRAMPUS

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 101 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

2 Disember 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC Paradigm, Hall 5

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere KRAMPUS – Budiey.com di GSC Paradigm, Hall 5. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Krampus kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem KRAMPUS

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere KRAMPUS – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere KRAMPUS – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

1 Disember 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan ini mulai 3 Disember 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

KRAMPUS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Video Pengalaman VVIP Jumpa Finalis AF 2015

Melissa Saila Arah KAMPUNG SEMARAH PADI VERSI Drama Bersiri