in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – GHOST SHIP

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere GHOST SHIP – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang penuh dengan seram dan suspen ni. Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Ghost Ship (2015) merupakan sebuah filem seram Thailand yang diarahkan oleh Phontharis Chotkijsadarsopon, dengan didukung pelakon utama: Sean Jindachote, Bhuvadol Vejvongsa, Dharmthai Plangsilp, Pongsatorn Sripinta, dan Nutcha Jeka.

Filem seram  GHOST SHIP ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 12 November 2015.

Ghost Ship

Sinopsis GHOST SHIP

Seorang kapten kapal dan pasangannya bersiap-siap untuk mengatur kapal layar berikutnya ketika mereka menemukan mayat Mia (yaitu istri dari pemilik boat) yang tergantung pada tiang kapal. Untuk menghindari agar para penumpang tidak terkejut, maka kapten memutuskan untuk menyembunyikan mayat tersebut, menyingkirkannya, hingga kemudian dia akan melemparkannya dan membuangnya di tengah laut. Setelah kapal tersebut berlayar, tubuh mayat Mia tiba-tiba menghilang.

Roh Mia mulai berkeliaran ke seluruh kapal, hingga menyebabkan malapetaka, juga menghantui para penumpang dan awak kapal, mereka yang punya kesempatan untuk lari seperti dikelilingi oleh badai atau angin kencang laut. Satu-satunya cara bagi mereka untuk menyelamatkan diri adalah dengan mencari mayat Mia yang hilang. Pada waktu yang sama, mereka juga harus mencari tahu siapa yang membunuh Mia…

Peraduan Tayangan Premiere GHOST SHIP

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

11 November 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GHOST SHIP– Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #GHOST SHIP kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem GHOST SHIP

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere GHOST SHIP – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere GHOST SHIP – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
10 November 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 November 2015.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ariana Grande Lancar Single Terbaru FOCUS

Koleksi Gambar Majlis Resepsi Asyraf Khalid & Tya di Hotel Majestic