in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2

Premiere With Budiey terus menghangatkan sinema Malaysia, Budiey tampilkan kepada anda semua sebuah filem aksi lasak berjudul HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2 di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam.

Kalau nak tahu, filem arahan Francis Lawrence ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 19 November 2015. Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem bergenre futuristik ini bersama beberapa selebriti yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2 yang telah diriliskan di dada Youtube.

Pastinya filem yang sudah lama ditunggu oleh semua penggemar francais Hunger Games ini mendapat tumpuan setelah trailer disaksikan oleh jutaan penonton menjadi trending media sosial dan Youtube. Jika ditonton trailer di atas ni, ramai yang ingin mengetahui kisah dalam The Hunger Games: Mockingjay Part 2 ini, di mana ia dibuka dengan sebuah sebuah saat pernikahan dan kemudian kita dapat lihat banyak sekali adegan perang yang cukup mengujakan untuk ditonton.

Peperangan di antara para tokoh protagonis lawan para Capitol untuk dapat memberantas para pemimpin tirani. Kembali pada filem ini, Katniss Everdeen, Jennifer Lawrence terlihat gagah sambil biasa menyalakan sebuah panah bara, sebagai semangat pada para pejuang.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem aksi suspen yang mengujakan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2

Sinopsis Filem HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2


Filem yang masih dibintangi oleh Katniss Everdeen, Jennifer Lawrence, dan lainnya, masih membawa persenjataan super duper canggih seperti pada bahagian pertamanya, namun jika melihat trailer filem yang dimulai adanya majlis pernikahan, lalu berlangsung dengan pertempuran sengit dan menegangkan. Presiden Snow bersama para pemerintahan korup yang akan diserang oleh Katniss juga rakan-rakannya pun langsung melakukan sebuah perlawanan yang tidak diduga-duga. Nampak raut wajahnya yang santai dalam menanggapi serbuan dari Katniss. Karakter Finnick Odair yang diperankan oleh Sam Claflin, beranggapan jika perjuangan mereka seperti sebuah permainan Hunger Games.

Peraduan Tayangan Premiere Filem HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 137 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

18 November 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2 – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #HungerGamesMockingjay2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #HungerGamesMockingjay2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama dalam filem HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2 – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere HUNGER GAMES MOCKINGJAY PART 2 – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

17 November 2015 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 19 November 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Cinemas : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Butik SACOOR BROTHERS Kini Dibuka di The Gardens, Ini Gambar Selebriti di Acara Perasmian

Peraduan Menangi Merchandise Filem SPECTRE