in , ,

Peraduan PROTECT TRUE LOVE anjuran Zurich Insurance Malaysia

Budiey nak cerita kat anda semua pembaca yang budiman… bagaimana untuk menang hadiah dalam peraduan ini dengan mudah. Mesti korang suka menang hadiah kan? Pasal hadiah, kita cerita di akhir cerita lah, yang pasti korang nak tahu bagaimana nak masuk peraduan ni.

Setiap dari kita semua ada kisah cinta masing-masing. Setiap dari kita juga pasti akan jatuh cinta kan? Sepanjang bercinta tu, pasti banyak ranjau dan macam-macam cabaran akan dilalui bersama pasangan korang. Ada yang bahagia, ada yang derita dan ada merana. Biasalah, dalam banyak-banyak tu, pasti ada yang terputus di tengah jalan, ada yang kekal hingga ke jinjang pelamin. Pendek cerita, macam-macam cerita ada. Kalau nak cerita pasal cinta ni, sampai esok pun tak habis, ye dok?

Tapi kan, Budiey rasa, apa paling penting sejauh mana korang memberi perlindungan dan menjaga cinta sejati itu supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Apabila kita cinta sedalam-dalamnya, sudah tentu kita mahu perlindungan yang terbaik untuk keluarga, untuk pasangan kita kan?

Syukur, Budiey sekarang bahagia bersama isteri setelah kami berkahwin selama 6 tahun sudah… setakat ni, Budiey dah beri perlindungan secukup habis baik dah… Itu pun nasib baik ada Zurich Insurance.

Untitled

Masing-masing ada kisah percintaan, betul tak? Tipulah kalau ada cakap, dia tak pernah jatuh cinta selama hayat di dunia ni.

Bagi Budiey, kunci kepada cinta yang sejati ialah diasaskan dengan perlindungan. Ya, kita akan jaga dan juga akan protect orang yang kita cinta dari segala bahaya atau musibah. Bak kata dialog dalam drama terbaru, Tuan Anas Mikael kat TV…

“Saya akan jaga awak jika awak jaga saya.”

Ya, cinta itu give & take juga. Jadi, takdelah kita seperti bertepuk sebelah tangan, ye dok? Setiap dari kita yang bercinta ni menggalas tanggungjawab untuk jaga pasangan masing-masing. Betul tak?

Ramai yang tanya Budiey, bagaimana Budiey dapat jumpa dengan isteri Budiey, Wani tu. Kisah cinta kami tidak banyak duri onak rintangannya. Seperti aturan Tuhan itu sangat teratur disusun. Kami bertemu di Facebook, bercinta dalam tiga bulan, kemudian kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Sampai sekarang, dah 6 tahun kami berkahwin. Alhamdulilah, rumahtangga yang dibina aman bahagia.

Cara Untuk Sertai Peraduan #PROTECTTRUELOVE anjuran Zurich Insurance Malaysia

Apa yang penting dalam rumahtangga adalah perlindungan. Mungkin kerana itu, syarikat insuran Zurich telah menganjurkan satu peraduan #ProtectTrueLove di mana menawarkan hadiah lumayan sehingga RM16,000. Fuh… banyak tu!

Jadi, kat sini, Budiey nak cerita kat anda semua pembaca yang budiman… bagaimana untuk menang hadiah dalam peraduan ini dengan mudah. Mesti korang suka menang hadiah kan? Pasal hadiah, kita cerita di akhir cerita lah, yang pasti korang nak tahu bagaimana nak masuk peraduan ni.

Kunci atau padlock adalah simbolik kepada cinta sejati dan perlindungan. Jadi, peraduan ini sebenarnya memberi peluang kepada anda semua melahirkan dan meluahkan rasa cinta dengan menulis cerita ringkas tentang percintaan korang.

Budiey tak nak ketinggalan sebab memang nak menang hadiah.

1.
Perkara pertama yang kena buat ialah kita kena melayari laman sesawang: http://protecttruelove.com atau http://zurich.com.my.

2.
Customise kunci virtual di laman sesawang dengan memasukkan dua nama dan satu tarikh.

Untitled

3.
Muatnaik tiga keping gambar anda bersama pasangan anda dan tulis cerita ringkas (tidak lebih dari 1,000 karakter) tentang apa yang korang faham tentang #ProtectTrueLove.

Untitled

4.
Isikan butiran peribadi diri anda dan hantarkan entri peraduan.

Untitled

Senangkan?

Untitled

Okay, korang mesti tertanya-tanya apakah hadiahnya kan?

Hadiah Utama: Voucher Melancong bernilai RM5,000
Hadiah Tempat Kedua: 2 X iPhone 6s bernilai RM3,200 setiap satu
Hadiah Tempat Ketiga: 10 X Wang Tunai RM500
Hadiah Saguhati: Barangan Merchandise dari Zurich

Untitled

Jadi, tunggu apa lagi, Budiey dah pun sertai peraduan ini. Jika korang nak hadiah yang tertera kat atas ni. Jom kita join peraduan ini ramai-ramai.

Jadilah antara 500 orang yang akan mendapat kunci untuk diletakkan di #ProtectTrueLove Structure yang terletak betul-betul hadapan Fahrenheit, Jalan Bukit Bintang.

Zurich

Jangan lupa share peraduan ini di Faceebok, Instagram dan Twitter. Kasi viral peraduan ni, okay?

Untuk info lanjut, layari http://zurich.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Senarai Lima Tayangan Premiere With Budiey Minggu Ini

Filem CENTRAL INTELLIGENCE Lakonan Dwayne Johnson