in ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE WALK 3D

Hello semua pembaca Budiey.com, filem THE WALK akan menemui penonton tidak lama lagi. Jadi, bersempena dengan itu, seperti biasa Budiey Premiere With Budiey tidak ketinggalan untuk menyajikan filem hebat ini untuk Budieyators semua.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem THE WALK yang akan diadakan di GSC 1Utama, Bandar Utama pada 21 Oktober 2015.

Kepada yang nak tonton filem lakonan Joseph Gordon-Levitt, Charlotte Le Bon dan Guillaume Baillargeon ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 22 Oktober 2015.

Untuk kalian yang menyukai filem yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

The Walk

Sinopsis THE WALK 3D

Sebuah filem Hollywood THE WALK menceritakan tentang kisah sebenar seorang pemuda yang punya visi dalam hidupnya bernama Phillippe Petit lakonan Joseph Gordon-Levitt dan sekelompok orang yang telah direkrut untuk bersama-sama mencapai tujuan yang mustahil iaitu berjalan di atas tali berlokasikan bangunan World Trade Center.

Dengan segala usaha dan semangat, semua pasukan yang terlibat berjuang melawan segala halangan. Berjayakan Phillippe Petit menjayakan misinya? Sama-sama kita saksikan.

The Walk

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE WALK 3D

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

21 Oktober 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE WALK 3D – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Siapakah pelakon utama filem The Walk. Namakan seorang sahaja.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem THE WALK kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

The Walk

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Merchandise Filem THE WALK

Tarikh tutup peraduan:

19 Oktober 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 22 Oktober 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

The Walk

The Walk

The Walk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Tabung Bantuan SETULUS BUDI Untuk Mangsa Kebakaran – Rosdi Ibrahim

Macklemore & Ryan Lewis Bakal Perform di MTV EMA 2015