in ,

Peraduan Pass Jemputan Ke MTV World Stage 2014

Salam pembaca setia budiey.com sekalian,

Budiey ingin memberikan beberapa pass istimewa buat pembaca Sensasi Selebriti untuk menonton persembahan artis terhebat di MTV World Stage Malaysia 2014 di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor anjuran MTV yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 16 Ogos 2014 bermula jam 7.30 malam. Saksikan persembahan hebat dari B.o.BBoys Republic, Yuna dan ramai lagi.

Terima kasih banyak-banyak kepada MTV Asia yang sudi memberikan tiket ini kepada pembaca budiey.com.

Peraduan Pass Jemputan Ke MTV World Stage 2014

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri post ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Rasmi MTV Asia: www.facebook.com/mtvasia & Facebook Budiey Dot Com: www.facebook.com/budiey.com

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #WorldStageMy. Tweetkan slogan PALING KREATIF anda tidak lebih dari 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #WorldStageMy bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan di bawah ini:

Soalan 1:
1. Berapakah bilangan ahli kumpulan Boys Republic?

Soalan 2:
2. Berikan dua buah lagu B.O.B

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke #WorldStageMy bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Pass Jemputan Ke MTV World Stage 2014

Tarikh tutup peraduan:
12 Ogos 2014

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & Twitter.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada MTV Asia kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Connect Directly to Clark with AirAsia

Syawal Lebih Bererti Kepada Produksi Seludup