in

Peraduan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 Budiey.com

Salam semua pembaca,

[dropcap]B[/dropcap]udiey rasa ramai yang selalu baca Majalah EH; majalah muda mudi yang membicarakan pasal fesyen, kecantikan, acara event di Malaysia serta hiburan dan gaya hidup terkini. Betul tak?

[pullquote align=”right”]Ramai yang cakap, Party EH! memang happening sebab ada selebriti yang HOT![/pullquote]

Kalau korang adalah pembaca setia majalah EH! pasti korang tahu event tahunan yang happening anjuran EH! ni iaitu Parti 20 Yang Anggun & Disenangi ni, sila like entri ini jika korang tahu dan mahukan tiketnya.

logo-20-yg-anggun
 

Terbaru, Budiey dikhabarkan Majalah EH! akan mengadakan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 di The Pool, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 24 November 2012 (Sabtu) bermula jam 7 malam hingga 10 malam.

Tahun ini party tahunan yang gempak ini kembali dengan jiwa yang ceria dan lebih hebat dari tahun sudah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana dapat berhibur dan beramah mesra dengan selebriti pujaan anda!

Party EH

Sebanyak 20 selebriti wanita cantik jelita lagi anggun akan diraikan bak bintang bergemerlapan pada parti tahunan majalah kegemaran ramai ini.

Antara bintang jelitawan dan selebriti kacak menawan bakal memperagakan keanggunan dengan fesyen dari pereka handalan. Antaranya, Nadiya Nisaa, Zizan Razak, Pekin Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Nur Fathia Latiff, Fouziah Gous, Ryzal Jaafar, Hafiz Iedil Putra, Intan Ladyana, Marsha, Misha Omar, Mizz Nina, Nabil, Nabila Huda, Nazim Othman dan ramai lagi.

Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan majalah EH! bulan ini sekarang!

Party EH

Jom Sertai Peraduan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 Budiey.com

Sebagai hadiah untuk pembaca Sensasi Selebriti, Budiey akan memberikan 20 keping tiket percuma bernilai RM15 setiap satu kepada pembaca yang betul-betul ingin hadir ke Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012  ini dengan menjawab slogan dibawah:

Saya ingin hadir ke Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012  bersama Budiey kerana… (tidak lebih 20 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
23 November 2012 jam 8 pagi

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih Majalah EH! atas kesudian menjemput pembaca budiey.com.

Jumpa di sana!

Party EH

Party EH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Tayang Merlin Musim Ke-5

AirAsia X Announces Direct Flights to Shanghai China