in

Peraduan Mister Potato & Manchester United 2011

PERADUAN MISTER POTATO & MANCHESTER UNITED 2011

Ingat lagi bulan lepas, ada member Budiey yang turut menggelarkan dirinya peminat tegar Manchester United telah ajak temankan dia terbang ke London. Tujuannya, tak lain tak bukan, selain nak tengok perlawanan secara live, diorang nak jalan-jalan, shopping dan tengok negara orang. Tapi apa yang penting, tarikan utama dia ke sana ialah Manchester United & BOLA SEPAK. Siapa yang tak nak tengok perlawanan bola secara live kat sana, kan? Budiey memang berniat nak ke sana tapi masa belum mengizinkan pada masa tu. Jadual harian begitu padat dengan event, jadi terlepas peluang keemasan untuk jalan-jalan di England.

Namun, peluang sebenarnya masih ada. Mana tahu, satu hari nanti, Budiey boleh menjejakkan kaki ke kota metropolitan yang glamor dengan sejarah dan lagenda bolasepak tu. Peluang yang Budiey rasa boleh membantu untuk menerbangkan Budiey ke sana ialah dengan menyertai satu peraduan yang dianjurkan oleh Mister Potato.

Ye lah, kalau nak harapkan duit poket untuk ke Manchester United, memang sampai bila tak kesampaian lah. Jadi, kalau nak ke sana tanpa perbelanjaan besar, haaaa… apa kata jom lah join contest Mister Potato & Man Utd 2011. Oh, Budiey boleh katakan, peraduan ini terbuka pada semua terutamanya peminat Manchester United! Semua mesti join!

Mister Potato

Rasanya, ramai di kalangan pembaca dah tahu yang Mister Potato telah menjadi Rakan Snek Global Rasmi Manchester United bagi tempoh tiga tahun. Budiey percaya, ia dapat memberi peluang kepada peminat Man Utd untuk merasai pengalaman untuk bertemu dengan bintang bolasepak di sana.

Mister Potato

Entah mimpi apa malam tadi, Budiey rasa teringin nak terangkan kat sini bagaimana korang juga boleh join peraduan ini. Itu pun kalau korang sudi baca entry ni. Mana tahu dari sini, korang dapat tips macamana nak menang dengan mudah.

Sebelum tu, cakap pasal Mister Potato ni, Budiey terperasan yang pek Mister Potato Crisps dah berwajah baru. Pek edisi Mister Potato Man Utd ni ada menampilkan gambar beberapa orang pemain Manchester United yang gempak habis. Baru ada umphhh makan snak ranggup nih.

MPC MU Fiery Hot & Spicy160g copy
Selain tu juga, ada dua perisa Mister Potato Crisps yang baru telah diperkenalkan iaitu Fiery Hot & Spicy. Kedua-duanya memang dibuat khas untuk korang yang sukakan crisps yang pedas. Fuh, berasap la korang bila makan.

MPC MU Hot & Spicy160g copy
Tapi yang paling bestnya, Budiey rasa korang patut cuba ialah range baru iaitu Mexican Wave Chips. Budiey dah pun cuba makan. Rasanya lagi ranggup sebab ciri-ciri dia super crunchy with wave after wave of flavours… dan yang menariknya ia disediakan dalam empat perisa yang melazatkan.

3D_Seaweed_Rev3
3D_Hot&Spicy_Rev3

3D_Cheese_Rev3

3D_BBQ_Rev2-2

Okay, apa-apa peraduan mesti kita nak tahu hadiahnya dulu. Bila dah tahu kita akan dapat apa, barulah semangat nak join. Okay, untuk contest ni, dua orang pemenang setiap bulan akan diterbangkan ke Old Trafford untuk satu pengalaman yang tak akan dapat kat mana-mana. Peluang ini datang sekali je, jadi jangan lepaskan peluang, join peraduan ni dengan segera.

Pemenang akan dipilih setiap bulan dari bulan September hingga Disember 2011. Hadiah utamanya ialah berupa:

  1. Tiket VIP tuan rumah
  2. Penginapan disediakan
  3. Tiket penerbangan pergi dan balik
  4. Melawat Stadium Old Trafford
  5. Sesi pertemuan
  6. Duduk di atas kerusi pemain bola yang anda minati di bilik persalinan

Nah, Budiey rasa tengok pada hadiahnya dah cukup buat kita rasa excited nak ikut serta. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ini je cara nak jumpa dengan bintang bolasepak terkenal Manchester United. Nak pergi sendiri memang tak ah! Ini je caranya untuk bertemu bintang bolasepak Manchester Utd sebab ada peluang untuk beramah mesra dengan mereka di sessi ‘Meet & Greet’.

Nak cari mana, kalau dah diberi tiket penerbangan pergi balik, kemudian bilik hotel pun tak payah bayar dan yang paling penting, dapat berjumpa pula pemain bola sepak Manchester United. Pergh, nak rasa gak duduk atas kerusi pemain bola yang Budiey paling minat, Wayne Rooney. Memang sepanjang hayat hidup tak pernah pun lagi jumpa Rooney. Dengarnya, Sir Alex Ferguson nak jadikan Rooney sebagai kapten. Oh, selain tu, mungkin ada peluang bertemu dengan jurulatih Ferguson yang sudah 26 tahun pengalaman dalam dunia jurulatih kat sana.

Screen Shot 2011-10-6

Okaylah, Budiey tak nak cerita panjang. Nanti korang terlalu excited sampai tak tidur malam. Cara nak join contest ni senang sahaja. Korang hanya perlu membeli sebarang perisa pek edisi Mister Potato Man Utd untuk mendapatkan kad kod SMS.

Penyertaan boleh dibuat menerusi SMS dan/atau secara online bersama kod SMS. Seterusnya, korang kena tunggu respons dan perlu ikut arahan yang diberikan.

Anda boleh hantar penyertaan ini menerusi SMS atau/dan online. Semua hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia.

Untuk hantar SMS, korang hanya perlu ikuti arahan ini:

SMS 1 – Taip:
MPCKOD SMSNO. K.P.NAMA PENUH (seperti K/P) JAWAPAN
Contoh: MPC 12345678 860723141121 ALI BIN AHMAD BETUL

Penyertaan SMS ini perlu dihantar ke 36660

Untuk menyertai secara online, korang kenalah melayari www.mister-potato.com
i. Pilih negara anda untuk menyertai.

ii. Daftarkan diri jika anda menyertai buat pertama kali ATAU log masuk jika peserta telah pun berdaftar sebelumnya menggunakan nama pangguna dan kata laluan yang sah.

iii. Masukkan kod SMS, jawapan yang betul untuk soalan seperti yang dinyatakan pada pek dan ikutilah arahan seterusnya.

2. Setiap kod SMS yang tersedia hanya sah untuk satu (1) penyertaan dan KAD KOD SMS harus disimpan sebagai bukti pembelian jika kemungkinan peserta diumumkan sebagai pemenang oleh MDD. MDD berhak menyingkirkan mana-mana peserta yang gagal mengemukakan bukti berkenaan jika diarahkan sedemikian.

Amacam? Senang je kan? Kalau korang rasa peraduan ni senang, boleh cuba join contest ni sekarang. Budiey pun dah cuba, cuma tak pasti la dapat ke tidak. Yang penting kita berusaha dulu, mana tahu kalau ada rezeki, kita boleh ke Old Trafford bersama-sama. Betul tak? Cuma Budiey rasa nak cuba lagi, jadi kenalah beli pek edisi Mister Potato Man Utd untuk dapatkan kad kod SMS tu.

Nak try juga? Langkah pertama korang sekarang ialah pergi bel pek edisi Mister Potato Man Utd kat pasaraya dan kedai yang berhampiran.

Good luck semua… eh, good luck for me gak!

Layari: www.misterpotato.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan The Secret Life of Nora Dilanjutkan

Justin Bieber Is Coming To Town Arthur Christmas