in , ,

Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2012 di Budiey.com

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey percaya ramai yang tertanya-tanya macamana nak dapatkan tiket atau pass masuk ke Shout Awards 2012. Pergh! Ramai giler pembaca yang nak datang tengok persembahan LIVE nih. Tak kurang ada yang mesej dan tweet Budiey kat twitter untuk meminta tiket VIP. Wow… gempaklah korang nih. Nampaknya, tahun ini makin meriahlah Shout Awards berbanding tahun-tahun sudah. Tak gitu?

Kepada pembaca yang tercari-cari kat mana nak dapat tiket untuk menonton secara LIVE anugerah paling HIP di Malaysia, Shout! Awards 2012 ni, Budiey hanya ada satu peluang sahaja untuk anda iaitu menyertai peraduan ini.

Shout Awards

Okay, Budiey ada 50 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca Sensasi Selebriti – Budiey.com. Tapi Budiey awal-awal lagi nak minta maaf kat sini sebab tiket yang ada pada Budiey ni bukannya tiket VVIP atau VIP. Budiey cuma ada tiket untuk PUBLIC sahaja.Harap semua maklum ya.

Korang nak menonton Shout! Awards secara live tak pada 23 November ini di Surf Beach, Sunway Pyramid jam 8 malam? Jom sertai peraduan anjuran Budiey.com dengan kerjasama 8TV ini.

Mahu menyaksikan secara live selebriti dan artis tersohor seperti…

International Act:
Nu’est & Vixx

NU'EST_at_Sydney

Nu’est

vixx

Vixx

… dan ramai lagi!

Haaaa… hari ini, Budiey ingin memberikan kepada korang 50 keping tiket Shout! Awards kepada pembaca yang dapat menjawab soalan ini:

1. Siapakah artis antarabangsa yang akan perform di Shout! Awards 2012?

2. Stesen TV manakah yang menganjurkan Shout! Awards 2012?

Ciptakan satu slogan paling kreatif anda: Saya mahu sangat ke Anugerah Shout! Awards 2012 kerana…. (tidak lebih dari 40 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2012 di Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
19 November 2012

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Kepada pembaca, jom undi artis kegemaran anda di:

www.shoutawards.com.my

Jangan lupa tulis tajuk emel korang tu: Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2012 di Budiey.com. 

Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook Upin & Ipin Cecah 6 Juta LIKES

Pelakon Ana Dahlia & Chef Riz Sah Bercerai