in ,

Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang

Konsert Mega Bintang bakal diadakan di Compass Ballroom, Resorts World Convention Centre pada 8 Jun 2013 bermula jam 8 malam. Antara artis-artis hebat yang bakal menyerikan Konsert Mega Bintang adalah seperti Rossa, Ungu, Afgan, D’Bagindas, Vivi Aldiano, Sherina Munaf, Maudy Ayunda dan Gamma1.

Nak menang tiket ke konsert ini? Budiey ada 4 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca Budiey.com.

konsert mega bintang

Hashtag #KonsertMegaBintang

Kepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #KonsertMegaBintang atau di laman Twitter @mega_konsert

Berikut adalah info tentang Konsert Mega Bintang :-

Tarikh: 8 Jun 2013, Sabtu
Masa: 8 malam
Tempat: Resorts World Convention Centre, Compass Ballroom
Harga Tiket: S$68, S$88, S$118 & S$158
Laman Sesawang: www.sistic.com.sg
Barisan Penyanyi: Rossa, UNGU, Afgan, D’Bagindas, Vidi Aldiano, Sherina Munaf, Maudy Ayunda and Gamma1

Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang 

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

[pullquote align=”right”]Budiey tahu, ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi sepasang tiket dari Budiey.com[/pullquote]

Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang ini, Budiey.com ingin memberi peluang kepada anda yang begitu meminati penyanyi yang akan buat persembahan nanti untuk turut sama berhibur di konsert anjuran Raistar Entertainment dan Trinity Optima Productions ini. Pasti gerek seiii!

Budiey ada 4 keping tiket untuk diberikan kepada dua orang pembaca Budiey.com  (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri blog ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Rasmi Raistar Entertainment: https://www.facebook.com/RaistarEntertainment dan juga Facebook Budiey.com: https://www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertMegaBintang. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #KonsertMegaBintang bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawap soalan di bawah ini:

Soalan 1:
Sebutkan dua artis Indonesia yang akan buat persembahan di #KonsertMegaBintang

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu sangat ke #KonsertMegaBintang kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang 

Tarikh tutup peraduan:
3 Jun 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Singapura & Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pihak penganjur hanya memberikan tiket sahaja. Pengangkutan dan penginapan di Singapura ditanggung sendiri oleh pemenang.
  3. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  4. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & Twitter.
  5. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  7. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  8. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  11. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  12. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Raistar Entertainment dan Trinity Optima Productions kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Konsert Ungu

Rossa Konsert Mega Bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?

Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat