in

Peraduan Menangi Tiket An Evening with Brian McKnight

Salam buat semua Budieyators, rasanya anda semua dah tahu, penyanyi antarabangsa Brian McKnight akan terbang ke Malaysia untuk buat persembahan di Konsert An Evening with… Brian McKnight yang berlangsung pada 9 Mei 2014, Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 8.30 malam.

Konsert julung kali komposer dan penerbit terkenal ini dibawakan oleh JAG Tickets bakal menghimpunkan semua peminat dan penggemar muzik R&B dari Malaysia dan Singapura. Ya lah, siapa yang tak kenal dengan Brian McKnight yang merupakan seorang penyanyi dan pemuzik boleh berbakat bermain lapan instrumen termasuklah piano, gitar, gitar bass, perkusi, trombone, tuba, flugelhrn dan trumpet.

Pertama kali beraksi di Malaysia, nama konsert ini adalah dipetik dari albumnya dan bakal menyaksikan McKnight mendendangkan lagu-lagu hits sepanjang karier seninya. McKnight telah berjaya menempa nama dalam sejarah muzik kontemporari setelah mengeluarkan 15 album dengan mencatat jualan album melebihi 20 juta unit di seluruh dunia.

Brian McKnight terkenal dengan kebolehan suara falsettonya beliau dikatakan antara penyanyi paling berbakat dalam genre urban kontemporari R&B. Pencapaiannya dalam bidang muzik tidak perlu dipertikaikan di mana beliau telah mendominasi pencalonan Grammy Awards sebanyak 16 kali.

Lagu yang Budiey minat pastinya Back At One. Memang best lagu tu dan pastinya Brian McKnight akan menyanyikan lagu itu di konsertnya di Malaysia nanti.

Tiket berharga antara RM150 hingga RM1,250 sudah pun mulai dijual. Anda boleh melayari: http://www.jagtickets.com.my

Brian McKnight

Brian Mcknight Teruja Dengan Persembahan Sulungnya Di Kuala Lumpur

[dropcap]P[/dropcap]ernah dicalonkan sebanyak 16 kali dalam Anugerah Grammy, McKnight telah berjaya meraih pelbagai anugerah berprestij seperti “American Music Awards”, “Soul Train Awards”, “NAACP Image and Blockbuster Awards”, dan “Billboard Songwriter of The Year”.

Rakyat Malaysia bakal mengimbau kembali memori bersama McKnight menerusi lagu popularnya, “Back at One” yang dikeluarkan oleh Motown Records pada tahun 1999, yang telah terjual lebih tiga juta salinan di seluruh dunia. Sepanjang tempoh kerjayanya, McKnight pernah berkolaborasi bersama Quincy Jones, Justin Timberlake, Mariah Carey, Diddy, Christina Aguilera, Rascal Flatts, Nelly, Vanessa Williams, Willie Nelson dan Kenny G.

Anak kelahiran New York ini telah menandatangani perjanjian rakaman pertamanya bersama Mercury Records. Pada tahun 1992 , album bertajuk “Brian McKnight ” telah dikeluarkan diikuti dengan “I Remember You” (1995) dan “Anytime” (1997). “Anytime” berjaya mencatat jualan lebih dua juta unit album dan telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy. Peminat boleh membeli tiket untuk menyaksikan konsert Brian McKnight menerusi laman sesawang JAG di www.jagtickets.com

JAG Concerts & Events telah berjaya menempa nama dalam industri muzik tanahair melalui penganjuran konsert barisan artis bertaraf dunia, seperti penganjuran konsert Brian McKnight buat pertama kali di Malaysia. Sebuah syarikat yang dinamik serta mempunyai kepakaran dalam reka bentuk acara dan promosi konsert, JAG berasa berbangga dengan kejayaan membawa artis antarabangsa seperti Diana Ross, Michael Buble, David Foster & Friends ke Malaysia sebelum ini.

Peraduan Menangi Tiket Persembahan An Evening with… Brian McKnight 

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Dengan kerjasama JAG Events, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat setia Brian McKnight untuk berhibur dengan alunan suara mantap penyanyi R&B ini dan merasai kehangatan persembahan sempena menyambut Hari Ibu pada 9 Mei 2014 (Jumaat) di PWTC Kuala Lumpur. Kat bawah ini ada Budiey ceritakan cara-cara yang sangat mudah untuk menang.

Budiey ada enam keping tiket bernilai RM150 setiap satu untuk diberikan kepada tiga orang pembaca Budiey.com. Jadi, seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket. Berbaloi la kan? Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Rasmi Jag Events: www.facebook.com/jagtickets

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #BrianMcKnightLiveinKL #jagtickets & #BudieyDotCom. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #BrianMcKnightLiveinKL bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Rakam Video Kreatif Nyanyi Lagu Brian McKnight atau Ucapan Buat Ibu Anda

Untuk menang hadiah eksklusif ini, anda wajib merakamkan video instagram selama 16 saat dan siarkannya di Instagram milik anda dengan hashtag : #BrianMcKnightLiveinKL #jagtickets & #BudieyDotCom @Budiey

Video yang paling kreatif dengan ucapan atau nyanyian yang kreatif akan menerima dua keping tiket ini.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket An Evening with Brian McKnight 

Tarikh tutup peraduan:
6 Mei 2014

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada JAG Concerts & Events kerana sudi menaja tiket kepada Budieyators & pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Brian McKnight

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Kempen Wall’s Scoops of Happiness

Program Menarik Sempena Hari Ibu di TV3