in ,

Peraduan Menangi Tiket Anugerah Juara Lagu 26

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey percaya, pada minggu ini anda semua sibuk mencari-cari tiket untuk menonton secara live Anugerah Juara Lagu Ke-26. Budiey sudah pun berusaha sedaya upaya untuk memberikan tiket AJL utk pembaca. Akhirnya, untuk tahun ini, Budiey hanya boleh memberikan 10 keping tiket AJL26 untuk pembaca budiey.com.

Untuk info pembaca, Anugerah Juara Lagu Ke-26 akan diadakan Stadium Putra, Bukit Jalil pada 29 Januari 2012 – Ahad ini.

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi kita bakal mengetahui lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu. Nantikan persembahan hebat daripada finalis; 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif yang pastinya akan menggegarkan pentas Stadium Putra pada malam penganugerahan paling berprestij dalam industri muzik tanahair.

Siapakah artis, komposer dan penulis lirik yang bakal meraih kejuaraan di dalam medan pertarungan tahun ini? Siapakah pula artis yang bakal mendapat tempat dalam persembahan dan vokal terbaik? Sama-sama kita nantikan ya!

Budiey membuka peluang kepada pembaca dengan memberikan 10 keping tiket Anugerah Juara Lagu 26 kepada pembaca yang menyertai peraduan ini. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket AJL26.

Apa yang anda perlu buat ialah…

Soalan 1:
1. Apakah tema Anugerah Juara Lagu 26?

Soalan 2:
2. Sebutkan 5 finalis Anugerah Juara Lagu 26

Soalan 3:
3. Stesen TV manakah yang akan menjadi penyiar rasmi Anugerah Juara Lagu Ke-26?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu 26 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Anugerah Juara Lagu

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Anugerah Juara Lagu 26

Tarikh tutup peraduan:
Jam 5 petang 26 Januari 2012 – Khamis

10 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut. Kepada pembaca yang tidak dapat menonton TV, korang boleh juga mengikutinya secara online di:

http://apps.tv3.com.my/ajl26

Promo AJL26 kini sedang rancak ditayangkan di TV saluran Media Prima:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

American Idol Musim Ke 11

Oscar Nominations 2012 List