in ,

Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 19

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

AIM19 akan berlangsung pada 17 November 2012 di Stadium Melawati, Shah Alam bermula jam 9 malam. Dimulakan dengan Karpet Glamor pada jam 8.30 malam bersiaran langsung di Astro Ria (Saluran 104). Pastinya ramai pembaca tengah tercari-cari tiket untuk menonton secara live kan?

Tiket AIM19

Yang korang tunggu-tunggu dah pun tiba. Budiey ingin memberikan kepada anda 30 keping pass menonton AIM19 secara live di Stadium Melawati kepada 15 orang pembaca (setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket) yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Sebutkan 3 orang penyanyi yang telah buat persembahan di AIM18 tahun lalu.

Soalan 2:
2. Sebutkan 2 orang pengacara AIM19?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Industri Muzik Ke-19 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pas Anugerah Industri Muzik 19

Tarikh tutup peraduan:
12 November 2012

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Tiket perlu diambil dari Budiey sebelum jam 7 malam atau sebelum AIM18 berlangsung
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single Terbaru Once HILANG NALURI

Gambar Sekitar Konsert Gemilang di KLCC