in

Peraduan Menangi Pass Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013

[dropcap]S[/dropcap]eperti yang Budiey selalu war-warkan di Twitter & Facebook, Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 atau AIFFA 2013 bakal diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2013 di Kampung Budaya, Kuching Sarawak. Festival ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari Negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Laos, Filipina, Indonesia, Brunei, Vietnam, serta dari Bollywood dan Hollywood untuk berkumpul dan berkongsi kemahiran mereka dalam industri perfileman.

Budiey pun tak sabar untuk buat liputan selaku Blogger Rasmi untuk AIFFA 2013 nanti. Kepada pembaca Budiey Dot Com yang berada di sekitar Kuching, Sarawak, jangan lupa temujanji kita di sana ya. Dan suprise untuk korang! Budiey ada 2 pasang tiket Malam Gala & 10 tiket percuma untuk anda mengikuti Movies In The Rainforest, Kampung Budaya, Kuching pada 28 Mac 2013 nanti.

#FFM25 dah berlalu, skrg tiba masanya utk Budiey fokus kpd kerja selaku Blogger Rasmi #AIFFA2013 . Sape nak tiket?

Menariknya AIFFA 2013, satu anugerah khas iaitu Spirit of Asean bakal diberikan kepada filem serantau yang berjaya memaparkan identititi Asia Tenggara melalui olahan cerita serta elemen-elemen lain yang dilihat mampu untuk mengangkat martabat karya Asia Tenggara ke peringkat yang lebih tinggi.

Kawasan sekitar Kuching, Sarawak seperti Kampung Budaya bakal menjadi saksi berlangsungnya acara berprestij ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang acara ini, anda boleh melayari www.aseanfilmfest.com. Selain itu, beberapa pertandingan seperti filem pendek juga turut sama diadakan bagi menambah kerancakan dan kemeriahan AIFFA 2013.

Untuk dapatkan tiket AIFFA2013, sila klik SINI.

AIFFA2013

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey ingin memberikan kepada anda 2 pasang tiket Malam Gala AIFFA 2013 pada 30 Mac & 10 keping pass menonton Movies In The Rainforest, Kampung Budaya, Kuching pada 28 Mac 2013 nanti.

Setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket untuk setiap pemenang yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Sebutkan 3 aktiviti yang dianjurkan sempena AIFFA 2013 di Kuching.

Soalan 2:
2.Sebutkan penganjur utama AIFFA 2013

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 akan lebih menarik jika…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pass Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013

Tarikh tutup peraduan:
26 Mac 2013 – jam 2 petang

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Kuching Sarawak sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & twitter
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, Twitter, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Tiket-tiket yang dimenangi akan diberikan kepada pembaca sebelum majlis berlangsung.
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  11. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.
  12. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom tonton beberapa video promo AIFFA 2013:

Promo AIFFA 2013 – Filem Untuk 3 Hari Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Temubual Bersama Bront Palarae – AIFFA 2013

Temubual Bersama Dato Haji Rahim Razali – AIFFA 2013

Temubual Bersama Lisa Surihani – AIFFA 2013

Temubual Bersama Sharifah Amani – AIFFA 2013

Promo AIFFA – Scandal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Laman Web Maybank Kini Sudah Berubah, Lebih Cool & Mantap

Gambar Sekitar Malam Media Red Box 2013