in ,

Peraduan Menangi FITBIT FLEX Sempena Ulangtahun Budiey.com Ke-9

Bersempena dengan menyambut ulangtahun Budiey.com yang ke-9 pada 7 Januari 2016 ini, Budiey dengan ini ingin memberikan hadiah kepada Budieyators yang setia sebagai tanda membalas jasa korang semua.

Fitbit

Mungkin ramai di antara korang semua yang tak tahu pasal gajet terkini yang canggih ni. FITBIT FLEX adalah salah satu gajet terkini dari Fitbit. Ianya nampak slim dan sangat berguna untuk korang semua. Nak tahu harga hadiah ni pasaran sekarang? Okay, harganya RM450 sahaja! Jadi tunggu apa lagi. Hantarlah penyertaan korang sekarang!

Fitbit Flex merupakan salah satu tracker untuk memantau aktiviti ketika tidur, selain aktiviti seperti langkah perjalanan yang telah anda ambil, kalori yang dibakar dan sebagainya. Fitbit Flex hadir dengan sokongan bateri sehingga 5 hari lamanya.

Ya, Budiey ada lima buah Fitbit Flex untuk diberikan kepada anda semua. Caranya mudah sahaja. Ikuti caranya kat bawah ini ya:

Cara Mudah Menang 5 Buah Fitbit Flex

    1. Muatnaik gambar atau video 15 saat anda sedang bersenam, workout atau bermain bersama rakan anda, tidak kira di mana sahaja, di taman bunga ke, di gym ke, di pejabat ke… asalkan video atau gambar itu menggambarkan anda sedang bersenam dengan pakaian sukan yang lengkap dan yang penting sekali ialah video atau gambar itu SANGAT KREATIF.
    2. Tag gambar atau video yang anda upload tadi dengan tag @budiey dan juga hashtag #Fitbitmy & #HappyAnniversaryBudieyDotCom #HadiahFitbitDariBudiey
    3. Di ruangan caption, sila cipta slogan yang kreatif: Saya ingin menang hadiah FitBit Flex dari Budiey.com kerana… (tidak lebih dari 200 patah perkataan).
    4. Hantarkan penyertaan ke emel Budiey

UntitledSertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Fitbit Flex Sempena Ulangtahun Budiey.com Ke-9

Tarikh tutup peraduan: 10 Januari 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter. Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/fitbitMy dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan dengan melayari Budiey.com. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan. UntitledFitbit Budiey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Respon Tunku Jalil Yang MENGEJUTKAN Ketika Chef Wan Duduk Disebelahnya

Sinopsis Drama Bersiri CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU