in ,

Peraduan Menangi Baju T Eksklusif Konsert Wings Rockestra 2013

[dropcap]A[/dropcap]dakah anda salah seorang peminat tegar kumpulan Wings? Sekiranya jawapan anda YA, sila buktikan kepada Budiey sejauh mana anda meminati kumpulan Wings ini. Jika anda berjaya, Budiey ada 20 helai baju T untuk anda menangi.

Okay, caranya senang sangat tau. Tak susah, tak la senang sangat… hehe.

Anda hanya perlu menulis slogan je. Slogan paling kreatif akan dapat sehelai baju T dari Wings ini. Lawa ke tidhoook? Janji rock! Hitam elegan!

wings

20 penyertaan yang paling kreatif akan memenangi T-shirt rasmi Konsert Wings Rockestra 2013 edisi terhad!

Bagaimana cara untuk menyertai peraduan ini? Sila ikuti arahan seperti di bawah :

1) ‘Like’ laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/rockestrawings

2) Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Konsert Wings Rockestra 2013 akan lebih gempak jika…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

3) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 hb April 2013

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Baju T Eksklusif Konsert Wings Rockestra 2013

Tarikh tutup peraduan:
25 April 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Anggerik Event Sdn Bhd dan kumpulan Wings kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom ikuti temubual eksklusif Budiey Bersama Wings, klik SINI.

Wings

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Karpet Merah AIFFA 2013

Airasia Tawar Kuala Lumpur Padang Kini 2 Kali Sehari