in , ,

Peraduan Menang Trip Ke Anugerah Grammy di Los Angeles

Budiey percaya, Grammy untuk tahun 2014 kali ini sangat sengit. Tengoklah pada lagu-lagunya juga, sangat hits dan meletop. Budiey percaya, ramai yang tak akan melepaskan peluang untuk menonton siaran Grammy 2014. Tengok pada pencalonan pun Budiey dah tahu, agak sukar untuk buat ramalan. Tapi tak apa, kita serah je kepada juri profesional yang memilih.

Album 2014 Grammy NOMINEES Ada 18 Lagu Hits dari pelbagai penyanyi dan penulis lagu

[dropcap]T[/dropcap]erbaru, Budiey dapat info tentang album kompilasi untuk lagu-lagu yang bertanding dalam senarai pencalonan Grammy sudah pun diriliskan dan dijual di pasaran Malaysia pada 21 Januari 2014 yang lalu. Wah! Dah tentu kita kena berterima kasih kepada Warner Music Malaysia dengan kerjasama Atlantic Records & The Recording Academy®’s GRAMMY Recordings® yang memberi satu platform untuk kita layan 18 lagu-lagu terbaik yang berjaya masuk ke senarai pencalonan Grammy.

[pullquote align=”right”]Paling mengujakan, Warner Music Malaysia juga memberi peluang kepada pemilik album ini untuk memenangi trip untuk dua orang ke Grammy 2014 pada 26 Januari ini. Wow, seronoknya. Budiey harap, Budiey pun boleh menang untuk ke sana juga! Jadi, kalau nak menang, kenalah beli album ni kan?[/pullquote]

Album ini boleh dibeli di kedai CD atau pun melalui muat turun secara digital. Album ini menampilkan rakaman lagu yang paling terkenal dari penghibur paling meletop. Ianya diketengahkan oleh semua artis yang dicalonkan dan lagu-lagu dalam berprofil tinggi termasuklah dalam kategori Record Of The Year, Album Of The Year, Song Of The Year, Best New Artist, Best Pop Solo Performance dan Best Country Album.

Atlantic Records dan The Recording Academy menawarkan dua peluang untuk menghadiri acara anugerah paling berprestij GRAMMY ke 56 ini.

Jadi, macamana cara untuk menang? Okay, senang sahaja ye. Pertama, anda boleh buat pra-order album ini di di GRAMMY.com2014GRAMMYAlbum mulai 20 Januari dan berpeluang untuk ke acara ini yang akan diadakan pada 26 Januari 2014.

Selain itu, setiap album 2014 Grammy Nominees yang dibeli di kedai-kedai akan diselitkan dengan sekeping permainan khas yang memaparkan kod unik bagi peluang untuk memainkan GRAMMY Ticket Game.

Untuk mengambil bahagian, kod harus digunakan di GRAMMY.com/2014GRAMMYAlbum dan anda peluang untuk memenangi trip perjalanan untuk dua orang ke-57 Anugerah Grammy Tahunan 2015 atau hadiah tempat kedua berupa sehelai baju T Anugerah Grammy.

Untuk info, anugerah tahunan GRAMMY ke-56 akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 26 Januari di Staples Center di Los Angeles, dan akan disiarkan secara langsung di Star World pada hari Isnin 27 Januari jam 9.00 pagi dengan encore pada 05:05 dan 11:30 pagi.

2014 GRAMMY® NOMINEES ALBUM

2014 GRAMMY Nominees Album Track List:

1. BRUNO MARS
“Locked Out Of Heaven”
Record Of The Year
Song Of The Year

2. ROBIN THICKE
“Blurred Lines” Feat. T.I. & Pharrell Williams
Record Of The Year

3. LORDE
“Royals”
Record Of The Year
Song of The Year
Best Pop Solo Performance

4. IMAGINE DRAGONS
“Radioactive”
Record Of The Year

5. DAFT PUNK
“Get Lucky” Feat. Pharrell Williams
Record Of The Year
Album Of The Year

6. KATY PERRY
“Roar”
Song Of The Year
Best Pop Solo Performance

7. JUSTIN TIMBERLAKE
“Mirrors”
Best Pop Solo Performance

8. SARA BAREILLES
“Brave”
Album Of The Year
Best Pop Solo Performance

9. MACKLEMORE & RYAN LEWIS
“Same Love” Feat. Mary Lambert
Album Of The Year
Song Of The Year
Best New Artist

10. JAMES BLAKE
“Retrograde”
Best New Artist

11. KENDRICK LAMAR
“Swimming Pools (Drank)”
Album Of The Year
Best New Artist

12. ED SHEERAN
“Lego House”
Best New Artist

13. P!NK
“Just Give Me A Reason” Feat. Nate Ruess
Song Of The Year

14. TAYLOR SWIFT
“Begin Again”
Album Of The Year
Best Country Album

15. BLAKE SHELTON
“Mine Would Be You”
Best Country Album

16. KACEY MUSGRAVES
“Merry Go ‘Round”
Best New Artist
Best Country Album

17. TIM McGRAW
“Highway Don’t Care” Feat. Taylor Swift & Keith Urban On Guitar
Best Country Album

18. JASON ALDEAN
“Take A Little Ride”
Best Country Album

Jadi, apa tunggu lagi. Cepat dapatkan album ini. Mungkin anda adalah pemenang yang bertuah untuk ke Los Angeles, kan? Mana tahu?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

International Stores Debut in Avenue K for the New Year

ZALORA Welcomes NEW LOOK to Malaysia