in ,

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2013

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Anugerah berprestij yang menjulang bakat dan mengiktiraf penggiat seni & karyawan tanahair, Anugerah Skrin 2013 bakal berlangsung tak berapa lama lagi. Hanya tinggal dua minggu saja lagi. Budiey percaya, pembaca budiey.com di luar sana ramai yang tertanya macamana nak dapatkan tiket untuk menonton ASK2013 secara live ya. Yea, seperti tahun-tahun sudah, Budiey ada sediakan tiket untuk pembaca setia.

Anugerah Skrin 2013 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29 November 2013, hari Jumaat jam 9 malam bersiaran langsung di TV3.

Untuk kali ini, Budiey nak berikan kepada anda untuk merasai tempat duduk VIP dengan membuka peluang kepada pembaca semua yang nak menonton Anugerah Skrin 2013 secara live kat Stadium Malawati, Shah Alam pada 29 November, Jumaat jam 9 malam. Sebelum itu, acara red carpet akan bermula pada jam 7.30 malam. Budiey ada 2 pasang tiket VIP (4 keping) dan 20 pasang tiket tempat duduk biasa (40 keping). Amacam okay?

Anugerah Skrin 2013

30 Kategori Bakal Jadi Taruhan Anugerah Skrin 2013

[dropcap]M[/dropcap]enjengah musim ke-15, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun sebab cetusan konsep dan identiti yang berlainan. Tahun ini, ASK 2013 memilih GLASS atau pun KACA sebagai konsep. Ini adalah simbolik kepada drama dan filem merupakan refleksi kisah sebenar dan realiti hidup manusia.

Elemen kaca ini akan diadaptasikan sepenuhnya pada malam anugerah menerusi set pentas dekorasi keseluruhan serta pakaian dan tatarias untuk menghidupkan suasana glamor.

ASK 2013 menggandingkan  dua pengacara TV yang sudah tak asing lagi, Awal Ashaari dan Faizal Ismail bersama seorang pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Nad Zainal untuk mengemudikan majlis anugerah manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly bersama dua prang pemenang dari Pertandingan Pantene Star Search.

Persembahan Anugerah Skrin 2013 akan memberi penghormatan kepada filem dan drama TV legend di hati penonton. Antara artis dan penyanyi yang akan buat persembahan ialah Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Amir Jahari, Jaafar Onn, Melissa Saila, Tam Suhaimi, Waris, DJ Fuzz, Azlan & The Typewriter, Hafiz dan Adira. Saksikan juga penampilan istimewa daripada Elecoldxhot, Adam Corrie, Johan As’ari dan Genervie Kam pada malam itu.

Peraduan Menangi Tiket VIP Anugerah Skrin 2013

[dropcap]E[/dropcap]ksklusif dan khusus untuk pembaca Budiey.com, sebanyak 4 keping tiket VIP dan 20 pasang tiket tempat duduk biasa (40 keping) untuk dimenangi. Anda mahu tiket #ASK2013 ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket sahaja. Ingat hashtag ini: #ASK2013

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti TIGA langkah ini:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah ini dan komenlah apa pendapat anda apa sahaja tentang ASK dan ramalan pemenang ASK kali ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa layari laman sesawang rasmi #ASK2013:  www.anugerahskrin.com

Langkah 2:

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan kreatif anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Sila gunakan hashtag event ini iaitu #ASK2013. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu menonton #ASK2013 secara live kerana…. (siarkan di Twitter)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca tweet tersebut.

Langkah 3:

Kemudian emelkan jawapan anda untuk soalan ini:

Soalan 1:
1. Apakah tema Anugerah Skrin 2013.

Soalan 2:
2. Anugerah Skrin 2013 akan dihoskan oleh….?

Soalan 3:
3. Apakah pembaharuan Anugerah Skrin 2013?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Skrin 2013 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2013

Tarikh tutup peraduan:
Jam 3 petang 25 November 2013

22 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut. Kepada pembaca yang tidak dapat menonton TV, korang boleh juga mengikutinya secara online di:

www.anugerahskrin.com

ask2013

debaran ask 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Untuk Jayakan Project H.E.A.R.T dari Maybank

Tayangan WALKING WITH DINOSAURS THE MOVIE 3D – Budiey.com