in ,

Peraduan Menang Tiket Teater P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

Salam semua, seperti mana yang Budiey war-warkan di laman sosial Twitter, Fanpage Budiey.com dan Instagram sebelum ini, Budiey dengan kerjasama Enfiniti Media Vision mahu memberikan sepasang tiket untuk 5 orang pembaca setia blog ini di mana pemenang peraduan ini akan menonton persembahan istimewa pada 7 Oktober 2014 di Istana Budaya. Bermakna dengan Budiey sekarang ini, ada 10 keping tiket kesemuanya khas akan diberikan kepada pembaca dan Budieyators kat luar sana yang sangat berminat untuk menonton teater ini. Haaa…. mahu tak? Mahu tak?

Kalau anda mahu, jom sertai peraduan ini. Budiey kira senang je nak join peraduan ni. Tak susah sangatlah.

Peraduan Menang Tiket Teater P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

Istimewanya Teater P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

[dropcap]T[/dropcap]eater yang berlatar belakangkan kisah hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini membariskan pelakon seperti Tony Eusof (P. Ramlee), Nadia Aqilah (Saloma), Puan Sri Tiara Jacquelina (Norizan) dan Lisa Surihani (Junaidah). Selain itu, ramai muka baru dilihat bakal menjayakan pementasan dalam memberikan mood segar kepada Teater Muzikal P.Ramlee musim ketiga ini.

[pullquote] Teater muzikal P Ramlee ini turut akan menampilkan Tiara Jacquelina, Tony Eusoff dan Nadia Aqilah. Ia akan dipentaskan pada 3 hingga 13 Oktober depan di Panggung Sari Istana Budaya. Untuk tempahan tiket dan info lanjut boleh layari www.tickethotline.com.my.[/pullquote]

Antaranya, Iedil Putra yang menggalas tanggungjawab membawa watak Sukardi, sahabat baik kepada P. Ramlee yang sebelum ini dilakonkan oleh Chedd Yusoff selama dua musim berturut-turut.

Pemilihan Lisa Surihani membawakan watak sebagai Junaidah iaitu isteri pertama  P. Ramlee bagi pementasan P. Ramlee The Musical sememangnya dinantikan aktres tersebut.

Peraduan Menang Tiket Teater P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

Semasa berpeluang menemubual Lisa Surihani di sesi latihan di Istana Budaya beberapa hari lalu, Lisa melahirkan rasa kagumnya terhadap produksi ini dari segi cara kerja mereka dan menganggap peluang keemasan ini akan direbut sebagai satu tempat untuk belajar dan mengutip pengalaman.

Walaupun Lisa bukan dari golongan penyanyi, namun beliau cukup yakin dengan cara produksi melatihnya dari segi pernafasan semasa menyanyi di pentas. Bukan perkara yang mudah kerana menurut Lisa itu semua memerlukan pengorbanan masa dan juga fokus yang tinggi untuk menjayakan watak Junaidah. Dari wajah beliau, Budiey dapat rasakan Lisa sangat teruja apabila dapat tawaran menjadi sebahagian daripada team yang dikelolakan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina itu.

Puan Sri Tiara Jacquelina buat pertama kali turun padang melakonkan watak isteri kedua P.Ramlee, iaitu Norizan dalam pementasan musim ketiga ini. Kalau nak tahu, Norizan atau nama sebenarnya Che Norizan Muhammad Noor isteri P Ramlee yang kedua selepas Seniman Agung itu berpisah dengan Junaidah.

Saksikan gabungan menarik ini yang akan dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Amazing wa cakap lu!

Harga tiket bermula dari RM33 boleh didapati di kaunter IB atau secara online di www.tickethotline.com.my

Break a leg untuk semua pelakon dan team teater ini. Pada anda jangan lupa layari: www.facebook.com/PRamleeMusical

Cara Untuk Menyertai Peraduan Ini:

Tak susah dan tak senang. Sebab apa yang anda perlu buat ialah:

  1. Rakam video parodi dengan durasi 15 saat mengikut selera dan kreativiti anda sendiri dengan menyanyikan lagu popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ATAU melakonkan kembali skrip lakonan terbaik dari seniman agung ini. Pemilihan pemenang berdasarkan penyertaan PALING KREATIF dan yang mendapat jumlah LIKE & comment paling TINGGI. Haaa… senang kan?
  2. Sila siarkan video tersebut di Instagram milik anda dengan hashtag: #TeaterPRamleeBudiey dan jangan lupa tag Instagram @Budiey juga.
  3. Oh ya, jangan lupa LIKE, Comment & Share entry ini di laman social milik anda.
  4. Pastikan akaun Instagram anda tidak private supaya senang untuk direpost dan sebagainya.
  5. Sila emelkan penyertaan anda beserta butiran lanjut diri anda dengan link video di Instagram anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

5 Oktober 2014

Tarikh Tontonan Konsert: 

7 Oktober 2014

Tajuk Email: Peraduan Menang Tiket Teater P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Semua video yang dihantar kepada Budiey.com menjadi milik Budiey Dot Com Media dan akan dimuat naik ke laman Youtube Budiey.com
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan bertangguh lagi, jom hantar penyertaan anda sekarang!

Selamat Mencuba!

Peraduan Menang Tiket Teater P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan EKSKLUSIF Muzik Video SENYUMAN GELAPMU Fakhrul Razi

Sundance Channel & Astro Lancarkan Pertandingan Filem Pendek