in

Peraduan Menang Tiket Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan anjuran Airish Global Sdn Bhd, sebuah persembahan eksklusif yang menggabungkan tiga penyanyi terkenal dari Malaysia dan Indonesia akan diadakan di Ballroom Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2014 jam 8.00 malam. Persembahan eksklusif ini bakal menyaksikan gandingan penyanyi Dato’ Rossa, Dato’ Jamal Abdillah dan Afgan di sebuah pentas buat julung-julung kalinya.

Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan akan menampilkan pelakon Hanez Suraya sebagai pengacara yang akan mengendalikan bersama penyampai radio Hot FM iaitu AG.

Tujuan Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan diadakan adalah untuk memberikan sokongan kewangan khusus buat pusat perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Malam gala tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB).

Persembahan Eksklusif Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Persembahan Dato’ Rossa, Afgan & Dato’ Jamal Abdillah Bakal Hiburkan 1000 Penonton

Cetusan idea dari Datuk Rossa untuk membantu golongan kurang bernasib baik sememangnya patut dipuji. Persembahan yang bakal berlangsung tak berapa lama je lagi ini telah menyasarkan kehadiran seramai 1,000 orang penonton.

“Saya rasa begitu bangga kerana dapat bekerjasama dengan nama-nama besar bidang hiburan dari dua negara. Bakal mendendangkan sebanyak lima buah lagu, saya tidak mahu lepaskan pengalaman berharga ini untuk memberikan yang terbaik kepada semua yang menonton yang hadir pada malam tersebut.” – Afgan

“Idea untuk mengadakan malam dana ini merupakan idea daripada Rossa. Kami sangat berbangga dapat bersama-sama dalam menjadikan malam gala ini satu malam yang penuh bermakna. Selain berhibur dengan persembahan hebat daripada Rossa, Jamal dan Afgan, hadirin yang datang juga boleh bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menerusi pembelian tiket.” – Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali selaku Pengerusi Eksekutif Airish Global Sdn Bhd.

Airish Global Sdn Bhd tampil sebagai penaja utama ‘Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan’ dengan kerjasama Event Resources and Services. The Royale Chulan Hotel juga merupakan penaja bersama bagi malam itu nanti. Tiket-tiket boleh didapati menerusi talian 011-25115715, 013-2009481, 012-2165948 atau 018-2699214. Tiket-tiket dijual dengan harga RM350, RM500, RM750 dan RM1,000 (platinum) termasuk set makan malam.

Hashtag #CintaTanpaSempadan

[dropcap]K[/dropcap]epada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #CintaTanpaSempadan Jadi, jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh Budiey, sila guna hashtag ini ye. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Airish Miracle : https://www.facebook.com/airish.miracle dan tolong follow Twitter: @AirishMiracle

Berikut adalah info tentang Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Tarikh: 14 Februari 2014

Lokasi: Ballroom Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

Masa: 8.00 malam

Peraduan Menangi Tiket Menonton Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, di sini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kepada penghibur Dato’ Rossa, Dato’ Jamal Abdillah dan Afgan yang akan perform nanti.

Budiey ada 50 tiket untuk diberikan kepada 25 orang pembaca Budiey.com  (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Rasmi https://www.facebook.com/airish.miracle dan tolong follow Twitter: @AirishMiracle & Instagram: hashtag #CintaTanpaSempadan

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & #CintaTanpaSempadan

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #CintaTanpaSempadan. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #CintaTanpaSempadan bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #CintaTanpaSempadan. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #CintaTanpaSempadan bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawap soalan di bawah ini:

Soalan 1:

1. Namakan selebriti yang akan menjadi pengacara Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Saya mahu sangat ke Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Tarikh tutup peraduan:

12 Februari 2014

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Airish Global Sdn Bhd kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Hanez Suraya Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemput Masuk Cef Menampilkan Selebriti Popular

Sinopsis Filem SEJOLI Lakonan Remy Ishak & Maya Karin