in , ,

Peraduan Menang Tiket Konsert YUNA LIVE IN MALAYSIA

Penyanyi pop kontemporari anak kelahiran Malaysia, Yuna, akan kembali ke tanahair untuk suatu acara persembahan eksklusif pada 16 Oktober di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert satu malam sahaja, anjuran Kumpulan Livescape, dijangka menarik lebih 3,000 peminat.

Yuna, penyanyi pencipa lagu Malaysia yang penuh sensasi ini terkenal kerana corak unik pembawaan lagu yang menggabungkan pop kontemporari, folk akustik dan irama soul R&B.

 

Konsert Yuna Live in Malaysia di Dewan Plenari KLCC

Vokali berbakat ini baru lagi membuat persembahan pada upacara penutup Piala Asia AFC 2015, bersatu tenaga dalam kempen ‘The Art Of Saving A Life’ membuat keluaran perdana ‘New Day’ & menerbitkan ‘Material’; iaitu kompilasi lagu Melayu terbitan terdahulu tetapi kini disusun semula dengan pendekatan yang lebih segar.

Konsert “Yuna Live in Malaysia” akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2015. Pintu masuk dibuka mulai 7.00 mlm.

Tiket konsert berharga RM88 bagi Cat 2, RM118 bagi Cat 1, RM158 bagi Gold, RM228 bagi Platinum, dan RM388 bagi tiket VVIP. Pelajar layak mendapat potongan harga khas RM68 untuk menyaksikan konsert. Tiket konsert akan mula dijual pada hari Khamis, 13 Ogos melalui Ticket Pro di www.ticketpro.com.my.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapat berita terkini mengenai konsert “Yuna Live in Malaysia”, layarilah www.livescape.asia atau www.facebook.com/livescapeasia.

Konsert Yuna Live in Malaysia di Dewan Plenari KLCC

Peraduan Menang Tiket Konsert YUNA LIVE IN MALAYSIA

[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat Yuna. Budiey ada 10 tiket untuk diberikan kepada 5 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert Yuna di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertYunaMy. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertYunaMy bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertYunaMy. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #KonsertYunaMy bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Saya mahu ke Konsert Yuna kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert YUNA LIVE IN MALAYSIA

Tarikh tutup peraduan:

10 Oktober 2015

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Live Scape Sdn. Bhd. kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ascott Strengthens Lead In Malaysia With Its First Property In Miri

Three Times The Fear, Three Times The Chaos!