in ,

Peraduan Menang Tiket Konsert Teaterikal Suara Kita

Salam semua, seperti mana yang Budiey war-warkan di laman sosial Twitter, Fanpage Budiey.com dan Instagram sebelum ini, Budiey dengan kerjasama Awie Entertainment Sdn Bhd mahu memberikan sepasang tiket untuk 10 orang pembaca setia blog ini di mana pemenang peraduan ini akan menjadi antara yang pertama menonton dan menyaksikan persembahan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain di Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan berlangsung pada 3 hingga 9 Mac ini di Istana Budaya. Haaa…. mahu tak? Mahu tak?

Kalau anda mahu, jom sertai peraduan ini. Budiey kira senang je nak join peraduan ni. Tak susah sangatlah. Buat video parodi je!

konsert-suara-kita

Apa Ada Pada Konsert Teaterikal Suara Kita

[dropcap]B[/dropcap]agai turun dari kayangan, saat yang diimpikan oleh para pencinta seni, tiga insan permata seni tanahair akan menerangi pentas Panggung Sari, Istana Budaya, bersatu hati dalam merealisasikan sebuah pementasan teater muzikal.

Awie, antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanahair, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan populariti di layar perak.

[pullquote align=”right”]Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan julung-julung kali diadakan… Konsert Teaterikal SUARA KITA – AWIE – ERRA – ZIANA yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.[/pullquote]

Ziana Zain, penyanyi genre balada yang sukar ditandingi dengan nada tingginya, begitu karismatik di layar perak dan bersilih ganti perwatakan antagonis dan protagonisnya. Erra Fazira, bekas ratu cantik dan penyanyi genre pop, dirindui sebagai primadona filem Melayu sekitar dekad 1990an.

Nama nama besar ini akan bersama dalam sebuah pementasan teater muzikal bertajuk ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.

Pementasan ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu ‘pecah panggung’ sekitar dekad 90an. Filem filem Melayu yang dimaksudkan pernah menggegarkan sinema Malaysia dua dekad yang lalu iaitu ‘SEMBILU’, ‘SEMBILU 2’, ‘TRAGEDI OKTOBER’, ‘MARIA MARIANA 2’ dan ‘MERAH’.

Filem filem tersebut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang akan menjadi tunjang utama kepada pementasan ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’. Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sedutan babak babak dari filem filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. Ia juga akan diwarnai dengan persembahan nyanyian lagu lagu malar segar dari Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Tiket tiket untuk menonton ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan selama 7 hari berturut turut ini boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya.

Harga harga tiket adalah seperti berikut :

RM 79.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00, RM 299.00, RM 349.00, RM 399.00 dan RM 499.00

Tawaran Istimewa Post Party Bersama Awie, Erra Fazira & Ziana Zain

[dropcap]S[/dropcap]empena menghargai sokongan para peminat terhadap KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA, pihak pengurusan AWIE ENTERTAINMENT SDN BHD sukacita mengumumkan bahawa acara “post party” bersama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain pada 9 Mac 2014 jam 9 malam akan dibuka kepada SEMUA pemilik tiket persembahan dengan bayaran tambahan RM150.

Untuk memenuhi tanggungjawab sosial pula, pihak pengurusan AWIE ENTERTAINMENT SDN BHD juga menawarkan potongan 15% untuk semua harga tiket persembahan kepada WARGA EMAS, PELAJAR, WARGA OKU dan pembelian berkumpulan (minima 15 orang).

Rakam Video Parodi Paling Kreatif

[dropcap]U[/dropcap]ntuk menyenangkan lagi korang buat video paraody anda tu, boleh juga rujuk kepada video parodi yang Budiey letakkan di atas entri ini. Video kat atas ni sekadar contoh sahaja. Anda nak tiru sebijik pun tak kisah, atau tak nak tiru pun, itu terpulang. Apa yang penting, video akan dinilai dari segi kreativiti, humor dan mutu lakonan. Anda boleh lakonkan babak-babak menarik yang syahdu, yang gempak, yang nostalgik dari filem-filem lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang lain. Banyak lagi filem yang boleh anda lakonkan semula dengan cara yang kreatif. Lagi kreatif dan lagi inovatif, lagi banyak peluang untuk anda menang tiket ni.

Cara Untuk Menyertai Peraduan Ini:

Tak susah dan tak senang. Sebab apa yang anda perlu buat ialah:

  1. Rakam video parodi dengan durasi 1 minit mengikut selera dan kreativiti anda sendiri. Tak perlu nak tiru sebijik seperti lakonan Awie, Erra dan Ziana kat atas nih, sebab korang bebas nak lakonkan apa sahaja babak dari filem Maria Mariana, Sembilu dan sebagainya.
  2. Sila hantar video tersebut terus ke emel Budiey.
  3. Budiey ada hak ke atas video yang dihantar untuk diupload ke Youtube Channel Budiey.com
  4. Sila emelkan penyertaan anda beserta dengan link video di Youtube anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

2 Mac 2013

Tarikh Tontonan Konsert: 

3 Mac 2013

Tajuk Email: Peraduan Menang Tiket Konsert Teaterikal Suara Kita

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Semua video yang dihantar kepada Budiey.com menjadi milik Budiey Dot Com Media dan akan dimuat naik ke laman Youtube Budiey.com
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan bertangguh lagi, jom hantar penyertaan anda sekarang!

Selamat Mencuba!

awie-new

ziana-zain-new

erra-fazira-new

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

My Scrapbook Program Realiti Travelog Kanak-Kanak Pertama

Pelancaran Tiket Konsert Taylor Swift di The Curve