in , ,

Peraduan Menang Tiket Konsert The Rolling Stones di Singapura

Berita baik buat penggemar kumpulan rock terkenal The Rolling Stones! Suria FM memberi peluang kepada seorang peminat bertuah untuk menyaksikan persembahan The Rolling Stones di Singapura.

Kumpulan rock ini akan beraksi di Singapura pada 15 Mac 2014 bersempena konsert ‘The Rolling Stones – 14 On Fire Live in Singapore’. Yeah! Ini merupakan konsert pertama kumpulan ini yang dianggotai Mick Jagger, Keith Richards, Ronnie Wood dan Charlie Watts, selepas persembahan mereka pada tahun 2003 di Kota Singa. The Rolling Stones pernah memenangi Anugerah Grammy untuk Album Rock Terbaik dan Muzik Video Terbaik. Selain itu, mereka juga pernah menerima Anugerah Grammy untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

The Rolling Stones

SURIA FM TAWAR PELUANG KE PERSEMBAHAN THE ROLLING STONES

Bermula 10 Mac hingga 13 Mac 2014, Suria FM memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi tiket ke persembahan The Rolling Stones di Sands Grand Ballroom, Marina Bay Sands, Singapura menerusi segmen Selamat Malam Suria. Pendengar hanya perlu menjadi penghantar SMS yang pertama ke 33988 dan nyatakan sebab mengapa anda ingin menghadiri konsert tersebut.

Penghantar SMS pertama akan memenangi album The Rolling Stones “GRRR!” dan penghantar SMS dengan sebab terbaik akan berpeluang untuk menyaksikan persembahan ‘The Rolling Stones – 14 On Fire Live in Singapore’ pada 15 Mac.

Pemenang utama akan diumumkan pada 14 Mac 2014. Untuk keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hans Isaac Sedih Isteri Rakan Penumpang MH370

FINDIT Perkhidmatan Direktori Digital Terbesar Di Malaysia Dilancarkan