in

Peraduan Menang Tiket Konsert Dayang Nurfaizah & Marcell Istana Budaya

Suria FM dan Capital FM dibawah Star Radio Group memberi peluang kepada para peminat penyanyi terkenal Malaysia dan Indonesia iaitu Dayang Nurfaizah dan Marcell untuk menonton persembahan mereka di Istana Budaya dalam Marcell & Dayang Pesona Cinta.

Selaku rakan media bagi persembahan Marcell & Dayang Pesona Cinta di Istana Budaya pada 29 Mac 2014 ini jam 8.30 malam, Suria FM akan memberi 56 keping tiket manakala Capital FM akan memberikan 44 keping tiket kepada para pendengar bagi menyaksikan persembahan Marcell dan Dayang Nurfaizah.

Marcell & Dayang Pesona Cinta

Peluang Menonton Marcell & Dayang Nurfaizah Di Suria Fm Dan Capital FM

[dropcap]P[/dropcap]eraduan memenangi tiket Marcell & Dayang Pesona Cinta di Suria FM dan Capital FM akan bermula pada 24 Mac 2014 hingga 27 Mac 2014. Melalui Suria FM, pendengar boleh memenanginya menerusi tiga segmen di Suria FM iaitu segmen Ceria Pagi pada jam 5 pagi – 10 pagi, segmen Ceria Petang pada jam 4 petang – 8 malam dan segmen Suria Cinta pada jam 10 malam – 2 pagi. Pendengar hanya perlu menjadi penghantar SMS yang pertama dengan kata laluan DAYANGMARCELL dan hantarkan ke 33988. Bagi Capital FM, pemanggil yang pertama di talian 03-77225757 apabila lagu Dayang dan Marcell keudara menerusi segmen Capital Breakfast pada jam 6 pagi – 10 pagi dan The Jam Break pada jam 4 petang – 8 malam.

Pendengar juga boleh memenangi tiket tersebut menerusi laman web Suria FM dan Capital FM. Hanya perlu jawab tiga soalan mudah, berikan slogan mengapa anda mahu menonton Marcell & Dayang dan anda berpeluang ke Istana Budaya bagi menyaksikan persembahan mereka.

Dibawakan oleh JAG Signature Events, gabungan Dayang Nurfaizah dan Marcell di Istana Budaya pasti dinanti-nantikan oleh para penggemar muzik tanahair. Alunan suara Dayang serta vokal lunak Marcell pasti membuatkan malam 29 Mac sebagai satu sejarah. Untuk maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my dan www.capitalfm.com.my.

Marcell & Dayang Pesona Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Chef Wan Persenda Penemuan Serpihan Pesawat MH370?