in ,

Peraduan Menang Tiket Ke Tayangan Filem KAMI HISTERIA

Mulai 6 Februari 2014, para penggemar filem seram dan kaki wayang akan dapat menonton sebuah filem seram komedi berjudul KAMI HISTERIA yang dilakonkan oleh Diana Danielle sebagai Laila, Sara Ali sebagai Bad, Nad Zainal sebagai Peanut, Mila Jirin sebagai Airin, Umie Omar sebagai Jojo, Nur Fazura sebagai Cik Lang dan Izzue Islam sebagai Pit. Filem berdurasi selama 90 minit ini diarahkan oleh Shamyl Othman dan diterbitkan oleh Red Films Sdn. Bhd dengan kerjasama Penerbit Bersama Astro Shaw & Marna Films.

Apa yang istimewanya filem ini selain garapan plot cerita dan pelakon remaja popular masa kini, KAMI HISTERIA juga menampilkan pelakon terkenal sebagai kameo. Antaranya, Afdlin Shauki sebagai Afdlin Shauki, Sathia, Caca Raja Lawak, P.Jegan, Prakash Daniel, Shahrizal Jaszle, Daphne Iking, Liyana Fizi, Loque, Bunkface, DJ Shac, Linda Rafar, Syafinaz Selamat dan ramai lagi.

Melihat pada poster kat bawah ini, pastinya membuatkan anda ingin tahu apakah kelainan dalam filem ini, kan? Jadi, Budiey mahu buka peluang untuk pembaca setia Budiey.com untuk menonton beramai-ramai di acara tayangan filem KAMI HISTERIA yang akan diadakan di TGV Suria KLCC jam 8 malam pada 5 Februari 2014.

SINOPSIS KAMI HISTERIA

SINOPSIS KAMI HISTERIA

[dropcap]L[/dropcap]ima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut.

Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Kami Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati?

Saksikan KAMI HISTERIA di pawagam 6 Februari 2014.

Tayangan Filem KAMI HISTERIA

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 20 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di majlis ini yang akan diadakan pada:

Tarikh:

5 Februari 2014 (Rabu)

Masa:

8.00 malam

Tempat:

TGV Suria KLCC

Sebanyak 20 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan tayangan dengan menjawab soalan tayangan yang diberikan serta lengkapkan tiebreaker dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di acara tayangan ini. Senang je, cipta slogan, tweet & FB slogan yang anda tulis tu, kemudian hantar juga kat emel. Itu je. Mudah kan?

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti DUA langkah ini:

Ingat hashtag ini: #KAMIHISTERIA

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Tayangan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini:  
http://www.facebook.com/KamiHisteria

Follow Instagram Kami Histeria :  Kami Histeria. Follow twitter Kami Histeria : @KamiHisteria

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KamiHisteria. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #KamiHisteria kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Langkah 1:

Sila lengkapkan tiebreaker ini: Saya suka menonton filem KAMI HISTERIA kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email:  Peraduan Menang Tiket Ke Tayangan Filem KAMI HISTERIA

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 5 Februari 2014

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

SINOPSIS KAMI HISTERIA

SINOPSIS KAMI HISTERIA

SINOPSIS KAMI HISTERIA

SINOPSIS KAMI HISTERIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Band Bimasakti Pertaruh Lagu Maryam

Forteen Bakal Adakan Konsert KITA 20 FORTEEN