in ,

Peraduan Menang Pass ke Showcase Maya Karin Teka-Teki

Kalau sebelum ini lagu ‘BINTANG SYURGA’ nyanyian Maya Karin yang muncul sebagai hadiah kepada peminat-peminat setia beliau ini telah didendangkan oleh Maya sendiri di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker.

#tekateki maya karin

Dapatkan 5 Pasang Pass Eksklusif Ke Showcase Teka-Teki Maya Karin

[dropcap]K[/dropcap]ini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru bertajuk ‘TEKA-TEKI’ yang juga bakal dilancarkan pada 1 April 2014 ini. Dan pada masa yang sama, anda semua akan disajikan dengan suara Maya Karin dimana beliau akan mengadakan showcase pada hari tersebut.

[pullquote]Lebih kurang 6 buah lagu yang bakal disampaikan sendiri oleh Maya menerusi ‘live band’. Maya yang kini dalam persiapan untuk memastikan showcase beliau berjalan dengan lancar berasa amat teruja kerana ini merupakan kali pertama Maya akan menyampaikan lagu beliau sendiri di hadapan peminat-peminat beliau.[/pullquote]

Untuk menjayakan lagi showcase ini, pihak Warner Music Malaysia akan memberi peluang kepada peminat-peminat setia Maya Karin atau lebih dikenali sebagai ‘Maya Karin Back Bone’ di mana 5 pemenang bertuah bakal memenangi 2 pass untuk menyaksikan sendiri showcase Maya Karin! Jadi, pastikan anda ikuti langkah-langkah yang telah disediakan. Tunggu apa lagi, jom sertai peraduan ini sekarang!!

Selain daripada itu, album ‘Teka-Teki’ Maya Karin juga mengandungi peraduan ‘Cover Album’ di mana anda perlu berkongsi idea menarik dengan menghantar ‘Cover Album’ versi anda sendiri. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah menarik menanti anda! Kalau anda ingin tahu cara-cara untuk menyertai peraduan ‘Cover Album’ ini dengan lebih lanjut, jom kita beli album ini.

Mari sama-sama kita menyokong industri muzik tanah air.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Anugerah Terindah Lakonan Sari Yanti

Zombi Kilang Biskut Ditayangkan Di 88 Pawagam