in , ,

Peraduan Menang Pass Ke Parti Soundcheck Konsert Bigbang

Hotlink membawa BIGBANG 2015 World Tour [MADE] kepada peminat Malaysia yang akan berlangsung pada 24 Julai. Peminat hanya perlu mengambil bahagian dalam peraduan video atau ‘re-post’ bagi peluang memenangi akses kepada parti ‘soundcheck’ dan tiket Rock Zone. Peraduan BIGBANG adalah kemuncak kepada pelbagai acara dan aktiviti K-pop yang dianjurkan oleh Hotlink sejak beberapa bulan yang lalu, termasuk Hotlink K-Pop Academy.

big bang

Kumpulan K-pop yang paling popular di dunia, BIGBANG, akan mengunjungi Malaysia, dan Hotlink akan memberi ganjaran kepada peminat dengan akses kepada parti ‘soundcheck’ dan juga tiket Rock Zone ke BIGBANG 2015 World Tour [MADE] di Malaysia, yang akan berlangsung di Stadium Putra pada 24 Julai pada jam 8.30 malam. Peminat BIGBANG akan berpeluang untuk menang dengan sama ada mengambil bahagian dalam peraduan video untuk mendapatkan akses kepada parti ‘soundcheck’ dan tiket Rock Zone bernilai RM798 setiap satu, atau menyertai peraduan ‘re-post’ untuk memenangi tiket Rock Zone bernilai RM698 setiap satu. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 16 Julai.

MENANGI TIKET DAN AKSES KE PARTI ‘SOUNDCHECK’ KONSERT BIGBANG DENGAN HOTLINK!

Untuk menang, para peminat hanya perlu mengikut langkah-langkah berikut:

Peraduan Parti ‘Soundcheck’ BIGBANG (Menangi akses ke Parti ‘Soundcheck’ & Tiket Rock Zone bernilai RM798 setiap satu)
1. Rekodkan video yang kreatif dimana mereka segerak bibir (lip-sync) lagu BIGBANG kegemaran mereka
2. Post video mereka di Instagram, Facebook atau Twitter dan kongsikan siapakah ahli BIGBANG kegemaran mereka dan mengapa
3. Ikut & tag @hotlinkcomms dan sertakan hashtag #HotlinkBBVIP #Hotlink #LIVELIFELOUD dalam kapsyen mereka.

Peraduan Tiket Rock Zone BIGBANG (Menangi tiket Rock Zone bernilai RM698 setiap satu)
1. Saksikan video “Bae Bae Bang” dari saluran YouTube Hotlink, Instagram (@hotlinkcomms), laman Facebook atau hotlink.com.my/bigbang
2. Post video “Bae Bae Bang” di akaun Instagram, Facebook atau Twitter mereka dan kongsikan siapakah ahli BIGBANG kegemaran mereka dan mengapa
3. Ikut & tag @hotlinkcomms dan sertakan hashtag #HotlinkBBVIP #Hotlink #LIVELIFELOUD dalam kapsyen mereka.

Untuk penyertaan Facebook, peminat perlu menghantar e-mel pautan penyertaan mereka ke [email protected]. Mereka juga perlu memastikan akaun media sosial mereka ditetapkan ke ‘public’ untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan. Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

“K-pop mempunyai ramai peminat di Malaysia, termasuk saya sebagai peminat besar G Dragon, dan Hotlink teruja untuk menjadi sebahagian daripada kegilaan K-pop ini, dan kami membuktikannya dengan membawa kumpulan K-pop yang paling hangat dan popular, BIGBANG, ke Malaysia! Bagi acara-acara muzik, Hotlink sentiasa ingin memberi para pelanggan kami acara-acara dan pengalaman yang terbaik, seperti konsert BIGBANG yang akan datang ini. Bukan sahaja mereka dapat memenangi tiket, tetapi mereka juga boleh menghadiri parti ‘soundcheck’, hanya dengan Hotlink!” kata Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis.

Peraduan BIGBANG adalah kemuncak kepada beberapa acara dan aktiviti K-pop yang telah dianjurkan oleh Hotlink sejak beberapa bulan yang lalu. Selain membawa artis-artis K-pop terhangat seperti Taeyang dan Royal Pirates ke Malaysia, Hotlink juga baru-baru ini memperkenalkan K-Pop Academy, dimana lima peminat terbesar K-pop telah dipilih untuk menjadi duta ‘K-pop’ Hotlink.

Ketika merka berada di akademi tersebut, para peminat telah ditransformasikan menjadi artis K-pop kegemaran mereka, dimana mereka diberi kelas nyanyian dan tarian, ‘makeover’ untuk menyerupai idola K-pop mereka. Pengalaman mereka dalam akademi telah didokumenkan sebagai sebahagian daripada siri web yang dapat disaksikan di saluran YouTube Hotlink. Kesemua lima bakat tersebut kemudiannya membintangi video muzik K-pop Hotlink sebagai penghormatan kepada BIGBANG, dimana setiap seorang daripada mereka mengambil peranan ahli BIGBANG dan melakonkan semula lagu popular mereka ‘Fantastic Baby’, tetapi dengan sentuhan Malaysia. Video tersebut boleh disaksikan di laman Facebook Hotlink: https://www.facebook.com/hotlink

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan BIGBANG Hotlink, sila layari www.hotlink.com.my/bigbang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro First Eksklusif Bakal Siar Cinta Paling Agung

Meriahnya Bazar Syukur Selalu di Temerloh, Pahang