in

Peraduan Menang Pass Berkaraoke Bersama DE’MEISES di Red Box

Budiey kira ramai dari anda sudah pun mengenali band dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka DE’MEISES ni. Bukan apa, Budiey selalu je dengar lagu yang menjulang nama mereka di persada seni suara berjudul DENGARLAH BINTANG HATIKU berkumandang di corong stesen radio.

Oh ya, ini berita baik kepada peminat kumpulan yang dianggotai lima anak muda ini, Budiey dapat perkhabaran DE’MEISES akan datang ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaru mereka. Wah, tak sabar Budiey nak jumpa mereka sebab Budiey memang minat dengar lagu cintan cintun dari mereka tu. Asyik banget.

De’Meises merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Cianjur, Indonesia yang dianggotai oleh 4 orang anak muda seperti Iman Lukman Asikin (Iman, vokal), Messias Mochammad Mahdi (Messi, Gitar), Neno Juliama (Neno, Bass), dan Moch. Riza Lesdiana Mulyana (Riza, Drum).

DEMEISES

Nama baru dalam industri muzik di Malaysia yang berasal dari tanah seberang Indonesia ini juga telah tampil dengan single mereka yang bertajuk ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ yang juga merupakan lagu tema bagi sebuah drama di Malaysia iaitu “Ijab dan Qabul”. Ketepatan pemilihan lagu ini sebagai lagu tema telah memberi impak yang besar terhadap lagu tersebut, ini kerana lagu ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ seakan-akan menepati jalan penceritaan drama “Ijab dan Qabul”.

De’Meises akan hadir ke Malaysia pada 31 Oktober ini dan pada 5 November ini ada event special bersama peminat. Yang bestnya, Budiey diberi peluang oleh Warner Music Malaysia untuk mencari lima orang pembaca bagi menghadiri sessi karaoke bersama DE’MEISES di Red Box. Wah! Bestnya! Ini peluang anda untuk mengenali dengan lebih dekat kumpulan ini.

demeises

Peraduan Menang Pass Berkaraoke Bersama DE’MEISES di Red Box

Untuk memenangi peraduan Berkaraoke Bersama DE’MEISES ini, sila jawab soalan berikut berdasarkan muzik video rasmi DeMeises “Dengarlah Bintang Hatiku”.

1. Apakah yang berlaku di penghujung muzik video “Dengarlah Bintang Hatiku?

5 peserta bertuah yang memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi 2 pass untuk karaoke bersama DeMeises di Redbox.

Ini link http://www.youtube.com/watch?v=o2XcSS2t9_w untuk muzik video lagu ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ untuk paparkan dekat Budiey.com.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Pass Berkaraoke Bersama DEMEISES di Red Box

Tarikh tutup peraduan:

4 November 2014

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Music Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Perkenal Dua Kategori Baru Anugerah Skrin 2014

Raja Azmi Dilarang Ke UiTM?