in

Peraduan Menang iPad Mini & Kamera Fujifilm Instax

Kita semua mahu mempunyai kulit yang kelihatan muda. Kini, selain faedah fizikal yang diperolehi daripada minuman anti penuaan InnerShine® RubyCollagen Essence yang memenangi anugerah ini, anda berpeluang untuk mendapat ganjaran tambahan daripada kempen promosi kami.

Pati anti-penuaan inovatif dengan formula RubySignature™ ini mengandungi Astaxanthin dari Sweden serta mikro kolagen yang mudah diserap kulit. Formula unik untuk menjaga dan melindungi kulit ini memberi kesan nyata dengan penggunaan kerap beberapa minggu sahaja. Tanpa disedari, kulit anda akan bertambah lembut dan kelihatan berseri-seri.

InnerShine® RubyCollagen Essence membekalkan mikro-kolagen kepada kulit untuk meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit. Astaxanthin pula berfungsi sebagai perisai semula jadi untuk melindungi kulit daripada radikal bebas di samping melancarkan peredaran mikro bagi membekalkan sel-sel kulit dengan nutrien. Astaxantin, sejenis bahan anti oksidan semula jadi yang amat berkesan – 500 kali lebih berkesan daripada Vitamin E, 800 kali lebih berkesan daripada CoQ10, dan 6000 kali lebih berkesan daripada Vitamin C. Astaxantin adalah pelengkap yang amat diperlukan untuk tindakan optimum mikro-kolagen agar kulit sentiasa kekal muda.

GANJARAN MELIMPAH DENGAN PATI ANTI PENUAAN INNERSHINE® YANG MUJARAB

Kini, dengan Peraduan “Retain, Redeem & Reward” oleh InnerShine®, anda akan menikmati ganjaran tambahan dengan bekalan minuman kecantikan yang mujarab ini. Dari sekarang hingga 30 Jun, dengan pembelian tiga pek 14 botol x 50ml InnerShine® RubyCollagen Essence, anda dapat menebus satu lagi pek percuma bernilai RM152.90.

[pullquote]Selain itu, anda juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan Facebook InnerShine Signature untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah hebat seperti iPad Mini dan kamera FUJIFILM Instax.[/pullquote]

Layari www.facebook.com/InnerShineSignature untuk maklumat pertandingan atau dengan membeli pek edisi khas Peraduan “Retain, Redeem & Reward” InnerShine® dari farmasi terkemuka yang terdekat.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Encik Koh Joo Siang berkata, “Promosi InnerShine® ini bukan sahaja menawarkan minuman kecantikan terbaik untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada agen penuaan, pengguna InnerShine® RubyCollagen Essence akan juga mendapat pelbagai ganjaran daripadanya.”

“InnerShine® RubyCollagen Essence mengandungi formula hak cipta RubySignature™ yang memberi khasiat 3 kali ganda untuk melindungi sel-sel kulit anda agar sentiasa kelihatan muda. Produk ini, selain memenangi anugerah berprestij, Monde Selection 2013, ianya dikaji dengan teliti bagi memastikan kualiti dan keselamatan bahan tanpa kompromi. Justeru itu, yakinlah dengan InnerShine® RubyCollagen Essence, satu-satunya minuman kolagen paling efektif di pasaran kini,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut tentang keajaiban minuman anti penuaan yang memberi transformasi nyata pada kulit dan telah memenangi anugerah ini, layarilah www.innershine.com.my/rubycollagen.

Apple iPad Mini Wifi 32GB

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Back Stage Konsert Taylor Swift

Gambar Emma Stone di The Amazing Spider-Man 2 World Premiere