in

Peraduan Jom Menonton Filem Kau Aku & Dia

Peraduan Menangi Tiket Filem Kau Aku & Dia – Budiey Dot Com & Tayangan Unggul.

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

POSTER AKU, KAU & DIA

SINOPSIS Aku, Kau & Dia

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.

Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?

Mahu memenangi barangan filem romantis komedi ini? Sertailah peraduan anjuran Tayangan Unggul ini!

25 X sepasang tiket menonton filem Filem Kau Aku & Dia untuk dimenangi

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

Soalan 1:
Siapakah pengarah filem Aku, Kau & Dia?

Soalan 2:
Sebutkan 4 orang pelakon filem Aku, Kau & Dia

Soalan 3:
Namakan syarikat yang menerbitkan filem Aku, Kau & Dia ?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya mahu menonton filem Aku, Kau & Dia kerana…

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Aku, Kau & Dia – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani Muncul Dengan Koleksi Baju Raya

Majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012