in

Peraduan Jom Menonton Filem KAPOWW

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

Nak menang merchandise filem Kapoww tak? Jom join peraduan ini sekarang!

SINOPSIS FILEM:
Atoi, lakonan Zizan, seorang remaja bernasib malang yang bercita-cita menjadi seorang ‘superhero’. Meskipun sering dibuli dan diperkecilkan oleh gangster kampung, diketuai oleh Faibo (Khir Rahman). Hanya Aboo (Bell Ngasri), kawan baiknya yang memahami dan menggalakkan misi Atoi.

Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi, lari dari rumah. Dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir, Atoi keluar mencari Dolet. Ketika itu, Atoi disambar petir. Setelah sedar daripada pengsan, Atoi memperolehi kuasa superheronya. Dia kini boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam mata pisau…

Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari ‘superhero’ baru untuk dilatih. Selepas menyelamatkan Siti (Lisa Surihani) daripada Faibo, Atoi terpilih sebagai ‘superhero’ baru Malaysia. Atoi dibawa ke KL dimana dia menjadi sensasi terkini.

Seperti yang dijangka, anak kampong ini mengalami kejutan budaya. Dia bukan sahaja menukarkan namanya kepada Azroy, yang dirasakan lebih glamour, tetapi janji-janjinya kepada orang-orang tersayang di kampung, turut dilupakan.

Menangi hadiah-hadiah ini:

20 X T-shirt Kapoww + Cap Kapoww + File Kapoww

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

Soalan 1:
Sebutkan tiga watak jahat di dalam filem ini

Soalan 2:
Siapakah yang memegang watak Atoi?

Soalan 3:
Bila tarikh tayangan dan siapakah yang menerbitkan filem ini?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya ingin menonton filem KAPOWW kerana… (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

20 Mei 2010

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Filem KAPOWW – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom tonton trailer filem KAPOWW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Doubled Industry Growth in All Key Areas

Drama Ohh… Bola Lakonan Ezani & Amyza Adnan