in ,

Peraduan Jom Menonton Filem Bersama Band NIDJI

Ada tak kat sini Budieyators yang minat tahap gaban dengan kumpulan band Nidji ni? Budiey ada berita baik. Peluang baik punya di mana korang dapat kongsi masa untuk menonton wayang bersama anggota-anggota kumpulan dari Indonesia ini? Mungkin ini adalah peluang seumur hidup anda? Atau memori paling indah dalam hidup anda apabila dapat bersantai bersama Nidji sambil menonton wayang.

Budiey ada 10 pasang tiket (total 20 tiket) untuk diberikan kepada Budieyators yang meminati Nidji. Amacam, ada berani sebab yang berjaya menang peraduan ini akan mendapat pass untuk menonton movie marathon dua filem, back to back.

Acara menonton bersama Nidji ini akan diadakan pada 20 Jun 2014 (Jumaat) pada jam 8 malam di Cathay Cineleisure, e@Curve, Mutiara Damansara.

Untuk memenangi pas masuk untuk movie marathon ini, sila jawab soalan berikut berdasarkan muzik video rasmi Nidji – Sumpah & Cinta Matiku yang akan dipaparkan di bawah ini.

Nidji

Peraduan Jom Menonton Filem Bersama Band NIDJI

Anda hanya perlu menjawab 2 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:

Apakah perkataan yang banyak disebutkan dalam lagu ini? Nyatakan satu perkataan sahaja.

Soalan 2:

Apakah yang berlaku pada penghujung muzik video Sumpah & Cinta Matiku?

Slogan: Saya ingin menonton filem bersama Nidji kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

17 Jun 2014

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Bersama Band NIDJI

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada Warner Music Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom LIKE 20th Century Fox Official FB Page: www.facebook.com/warnermusicmalaysia

nidji

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Lancar Aksesori Terbaru Untuk GALAXY Tab S

Farish Aziz Buat Liputan di Brazil Untuk Suria FM