in ,

Peraduan Jom Menonton Filem Animasi FROZEN

[dropcap]S[/dropcap]ebuah filem animasi yang padat dengan komedi dan aksi pengembaraan dialih-bahasakan oleh tiga orang selebriti popular di Malaysia, FROZEN Anna & Permaisuri Salji akan menemui peminat filem animasi di Malaysia mulai 28 November 2013 ini. Sempena tayangan filem animasi yang sangat cukup ‘sweet’ dan menghiburkan lakonan suara Kristen Bell, Idina Menzel, dan ramai lagi ini, Budiey ingin menawarkan hadiah merchandise menarik untuk pembaca selain dari jemputan untuk menghadiri Malam Prebiu Filem FROZEN Anna & Permaisuri Salji yang akan diadakan pada 27 November 2013 di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara jam 9 malam. Filem ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Filem FROZEN Anna & Permaisuri Salji ditayangkan di pawagam mulai 28 November 2013 dan dialih-bahasakan oleh Liyana Jasmay, Ray & Marsha Londoh.

Poster Filem Frozen

Sinopsis FROZEN Anna & Permaisuri Salji

Filem ini mengisahkan tentang puteri Anna dalam pengembaraan epik bersama-sama Kristoff dan seekor rusa setia bernama Sven untuk mencari kakaknya, puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir. Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negaranya, Arrendell, kepada musim sejuk untuk selama-lamanya. Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti ribut salji dan juga bertemu dengan orang batu bersihir dan orang salji lucu dan ceria, Olaf dalam pengembaraan untuk mengembalikan musim panas dan menyelamatkan negaranya.

Filem ini darahkan oleh Cris Buck (“Tarzan, “Surf Up”) dan Jenifer Lee (Penulis Skrip “Wreck-It Ralph”) yang juga selaku penulis lakon layar filem ini. Filem ini diterbitkan oleh Peter Del Vecho (“Winnie the Pooh”, “The Princess and the Frog”). Filem ini juga menampilkan lagu-lagu asal daripada Kristen Andersan-Lopez (“In Transit,” “Winnie the Pooh”) and pemenang anugerah Tony, Robert Lopez (“The Book of Mormon,”. “Avenue Q”). Komposer Christopher Beck menggubah skor asal filem ini (“The Muppets,” pemenang angerah Oscar dalam “Paperman”).

“Frozen: Anna & Permaisuri Salji” akan mula ditayangkan pada 28 November 2013.

Tonton Trailer FROZEN di Youtube:  www.youtube.com/WaltDisneyStudiosMY 

Frozen

Frozen

Frozen

[dropcap]D[/dropcap]i Malaysia, filem animasi ini akan ditayangkan dalam versi asal Bahasa Inggeris, dan juga versi Bahasa Melayu mulai 28 November ini. Versi Bahasa Melayu filem ini akan dilaih suara oleh bintang-bintang terkenal; Liyana Jasmay, Marsha Milan dan Ray Era FM. Liyana Jasmay memegang watak utama, Puteri Anna, iaitu seorang puteri yang ceria and positif. Marsha Milan pula akan memegang watak puteri Elsa, yang mempunyai kuasa sihir untuk mengawal salji dan ais. Orang salji yang lucu yang memendamkan musim panas, Olaf, akan dialih suara of Ray Era FM.

Mahu memenangi hadiah merchandise filem ini? Haa… Budiey juga ingin menghadiahkannya untuk anda pembaca setia Budiey.com:

1 X Frozen’s Olaf Dolls

3 X Frozen’s Adult TShirt

3 X Frozen’s Kids TShirt

2 X Frozen’s Bath Towel

2 X Frozen’s Scarf

2 X Frozen’s Beanie

2 X Frozen’s Ice Cube Tray

2 X Frozen’s Water Bottle

2 X Frozen’s Notebook

2 X Frozen’s Stickers

Peraduan Jom Menonton Filem Animasi FROZEN

[dropcap]E[/dropcap]ksklusif dan khusus untuk pembaca Budiey.com, sebanyak 50 keping tiket menghadiri Malam Prebiu Filem FROZEN Anna & Permaisuri Salji (BM) untuk dimenangi. Anda mahu hadir di Prebiu #FROZEN dan dapat menonton bersama tiga selebriti popular, Liyana Jasmay, Ray & Marsha Londoh ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket sahaja. Ingat hashtag ini: #FrozenBersamaBudiey
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Walt Disney Studios Motion Pictures, Malaysia ingin menghadiahkan 50 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di majlis prebiu filem ini yang akan diadakan pada:
Tarikh:
27 November 2013 (Hari Isnin)

Masa:
8.30 malam

Tempat:
Cathay Cineleisure, e@Curve, Mutiara Damansara

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti TIGA langkah ini:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah ini dan komenlah apa pendapat anda apa sahaja tentang ASK dan ramalan pemenang ASK kali ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa layari laman Facebook & LIKE: facebook.com/WaltDisneyStudiosMY

Langkah 2:

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan kreatif anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Sila gunakan hashtag event ini iaitu #FrozenBersamaBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya ingin hadir di #FrozenBersamaBudiey kerana…. @budiey (siarkan di Twitter)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca tweet tersebut.

Anda hanya perlu menjawab 2 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Berikan nama watak yang dipegang oleh Liyana Jasmay & Marsha untuk filem FROZEN.

Soalan 2:
Namakan penyampai radio yang menjayakan alih bahasa Melayu filem FROZEN.

Slogan: Saya ingin hadir di #FrozenBersamaBudiey kerana…. (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
25 November 2013

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Animasi FROZEN

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Walt Disney Studios Motion Pictures, Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 11 Julai 2013

Jom layari dan LIKE Fanpage: facebook.com/WaltDisneyStudiosMY & tonton trailer filem terkini di saluran Youtube: www.youtube.com/WaltDisneyStudiosMY

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Jangan lupa untuk menonton filem FROZEN ini mulai 28 November 2013.

Terima kasih semua!

Frozen

Frozen

Frozen

Frozen

Frozen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan WALKING WITH DINOSAURS THE MOVIE 3D – Budiey.com

Episod Akhir Love You Mr Arrogant Cecah 4.6 Juta Penonton