in

Peraduan Jemputan Ke MTV World Stage di I-City

Salam pembaca setia budiey.com sekalian,

Budiey ingin memberikan 10 pasang tiket khusus istimewa buat pembaca Sensasi Selebriti bagi menghadiri MTV World Stage Live In Malaysia 2011 di I-City Shah Alam anjuran MTV yang akan berlangsung pada hari Ahad, 24 Julai 2011 ini bermula jam 8 malam. Saksikan persembahan hebat dari Thirty Seconds To Mars, Neon Trees, Beast dan Pop Shuvit.

Terima kasih banyak-banyak kepada I-City Shah Alam yang menaja tiket ini kepada pembaca budiey.com.

Kepada pembaca yang nak join tu, senang saje! Begini caranya:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu ke I-City untuk menyaksikan MTV World Stage Live In Malaysia 2011 kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: MTV World Stage Live In Malaysia di I-City – Budiey.com

TARIKH TUTUP: 21 Julai 2011

Kepada pembaca yang berjaya dipilih, anda akan dihubungi oleh Budiey melalui email ya.

Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

Sekali lagi, thank you so much kepada I-City Shah Alam yang sudi menaja tiket ini kepada pembaca budiey.com.

MTV World Stage di I-City Budiey.com

15,000 peminat dijangka saksi konsert MTV World di i-City

Konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2011, tahun ini dijangka menarik sekurang-kurangnya 15,000 peminat di Bandar Cahaya Digital, i-City, Shah Alam, pada 24 Julai ini.

“Persembahan selama dua jam oleh barisan artis popular antarabangsa itu akan dapat disaksikan oleh 550 juta isi rumah apabila disiarkan di 154 negara,” kata Naib Presiden Eksekutif, Viacom International Media Networks, Indra Suharjono.

“Kami mempunyai 15,000 tiket tahun ini. Tahun lalu kami mengeluarkan 15,000 tiket dan tambahan 1,000 tiket untuk peminat yang datang tanpa mendapatkan tiket terlebih dahulu,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan penaja venue, I-Berhad, di sini, hari ini.

Konsert tersebut adalah kali ketiga diadakan di Malaysia. Indra berkata, tiket bagi konsert itu boleh diperolehi dalam talian menerusi laman web MTV, i-City dan Celcom.

Setakat ini, MTV hanya mengumumkan empat nama artis yang akan membuat persembahan iaitu 30 Seconds To Mars, kumpulan tempatan popular, Pop Shuvit, Beast dari Korea Selatan dan Neon Trees dari Amerika Syarikat.

B2ST_to_perform_on_MTV_World_Stage_as_Korea_s_representatives_21062011021520

Beast dari grup K-Pop Terkenal dari Korea Selatan

neon_trees

Neon Trees

30stm2350

30 Seconds To Mars

pop_shuvit_413x235

Pop Shuvit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Anugerah Planet Muzik 2011

Arnold Schwarzenegger To Star In High Octane Chase Story