in

Peraduan Dedikasi Kahwini Aku Sayang Nissan

[dropcap]C[/dropcap]inta sememangnya tidak mengenal batasan buat Foo Wei Cheng, yang meluahkan perasaannya dengan melafazkan “Saya Terima” kepada lelaki impiannya selepas percubaan menarik untuk memikatnya menerusi SMS. Apa yang membuatkan kisah ini semakin unik dan mengharukan ialah Foo Wei Cheng dan suaminya, Lau Kuan Sheng kedua-duanya mengalami masalah pendengaran serta berkomunikasi menerusi bahasa isyarat.

The perfect fit

Padanan sempurna: Wei Cheng dan suaminya terkejut apabila mengetahui betapa versatil, luas dan jimatnya Nissan ALMERA. Ia sememangnya cukup sepadan dengan kehidupan mereka sebagai pasangan yang baru berkahwin.

Pasangan yang baru berkahwin ini memenangi hadiah utama peraduan “Dedikasi Kahwini Aku Sayang” (Marry Me Love Dedication) Nissan. Mereka membawa pulang hadiah bernilai RM27,000 yang meliputi wang tunai berjumlah RM5,000 dan percutian percuma tiga hari dua malam di Hotel Grand Lexis di Port Dickson. Selain berpeluang memandu Nissan ALMERA, sedan global paling laris Nissan sepanjang percutian tersebut dan banyak lagi.

Peraduan “Dedikasi Kahwini Aku Sayang” (Marry Me Love Dedication) Nissan.
Peraduan yang berlangsung selama enam minggu di laman Facebook Nissan Malaysia itu menyaksikan beratus-ratus peserta mengambil peluang untuk meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing dengan cara menghantar sekeping foto atau dedikasi video yang kreatif. Sepuluh penyertaan dengan “Like” paling banyak kemudian diserahkan kepada panel juri Nissan untuk dinilai, sebelum mereka memilih pasangan bertuah ini sebagai pemenang hadiah utama.

Para juri memilih penyertaan Foo Wei Cheng kerana emosi yang terlibat sangat menyentuh hati. Beliau menyatakan bahawa dirinya dan bakal suami seperti sepasang “chopstick” yang sentiasa berpasangan dan ditakdirkan bersama. Benar, cinta boleh menguasai segalanya.

Fasa baharu kehidupan
Melafazkan “Saya Terima” merupakan permulaan kepada pelbagai perkara mengujakan untuk masa depan pasangan yang akan mengharungi kehidupan bersama. Nissan ALMERA adalah penambahan sempurna kepada mana-mana keluarga untuk memulakan perjalanan tersebut bersama-sama. Dengan bahagian dalaman yang luas dan direka sebaiknya, ia menawarkan ruang kaki paling luas dalam kelasnya. Ciri-ciri teknologi yang mengujakan seperti kemasukan tanpa kunci, pendingin hawa automatik, navigasi GPS dan skrin multimedia 6 inci dengan paparan kamera pandang belakang membuatkan ia semakin selesa. Sementara enjin yang menjimatkan bahan api sememangnya membuatkan Nissan ALMERA kereta pertama yang muncul dalam fikiran apabila anda ingin berkeluarga.

Fuel-efficient

Menjimatkan minyak: “Apabila kami bergerak dari Kuala Lumpur ke Port Dickson dan kembali semula ke Kuala Lumpur, kami kagum dengan penggunaan bahan api Nissn ALMERA yang optimum,” jelas Wei Cheng.

Longest rear legroom in its class

Ruang kaki paling luas dalam kelasnya: “Kami rasa sangat selesa apabila duduk di kerusi belakang bersama-sama. Ia sungguh luas dengan ruang kaki yang ada. Sangat mengagumkan!” kata Wei Cheng.

Kereta pertama yang ideal
Nissan ALMERA ialah kereta yang ideal untuk melafazkan “Saya Terima” apabila teringin memulakan fasa baru dalam kehidupan. Dengan harga bermula RM66, 813.50 seunit, Nissan ALMERA hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), di samping sokongan selepas jualan yang menyeluruh melalui rangkaian Edaran Tan Chong Motor di seluruh negara.

Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) merupakan sayap jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris dalam negara pada tahun 1970. TCMH disenaraikan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, Kumpulan terlibat dalam proses pemasangan dan pengedaran kenderaan. Untuk melengkapkan perniagaan auto TCMH, ia menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lengkap seperti perkhidmatan selepas jualan kenderaan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggannya di ASEAN.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Daphne Iking Meluat Dengan Sharnaaz Ahmad?

Gambar Sekitar Konsert G-Dragon Di Malaysia