in ,

Peraduan Bermain ATV Bersama Awi Rafael TAKDIR CINTA

Salam semua pembaca budiey.com dan Budieyator semua. Salam Khamis buat korang dan entri ini sebenarnya khusus untuk peminat kepada penyanyi Awi Rafael yang ganteng itu ya.

Salam semua pembaca budiey.com dan Budieyator semua. Salam Khamis buat korang dan entri ini sebenarnya khusus untuk peminat kepada penyanyi Awi Rafael yang ganteng itu ya. Di entri ini, Budiey ingin mencari sepasang pembaca untuk bermain ATV bersama Awi Rafael. Korang tahu tak ATV tu apa? Kalau tak tahu, korang google la sendiri ya. Tak perlulah Budiey nak ceritakan kat korang kat sini.

Terima kasih kepada Warner Music Malaysia kerana sudi mengajak pembaca Budiey.com untuk bermain ATV bersama Awi Rafael. Bukan senang nak dapatkan peluang macam ni kan?

Jadilah peserta bertuah untuk memenangi 2 pass untuk Bermain ATV Bersama Awi Rafael

Khas buat para peminat Awi Rafael, anda kini berpeluang untuk memenangi 2 pass untuk Bermain ATV Bersama Awi Rafael! Wah… seronoknya… Budiey pun nak ikut jugak lah.

Untuk memenangi peraduan ini, sila jawab soalan berikut berdasarkan muzik video rasmi Awi Rafael – “Takdir Cinta”.

1. Apakah jenama gitar yang digunakan oleh Awi Rafael di dalam muzik video “Takdri Cinta”?

Seorang peserta bertuah yang memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi 2 pass untuk bermain ATV bersama Awi Rafael.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1) ‘Like’ laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia: www.facebook.com/warnermusicmalaysia

2) Emailkan jawapan anda bersama butiran peribadi (Nama penuh, nama akaun Facebook, alamat penuh, num I/C & no telefon) ke [email protected]

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 November 2014.

Nah, ini dia link untuk menonton muzik video Takdir Cinta. Klik SINI.

Awi Rafael

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Putri Raysha Jemyma Baby Fasha Sandha dari Lensa Camora Arts

Lelaki Harapan Dunia Terpilih Ke Festival Filem Torino Itali