Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Penyanyi Yassin Ada Masalah Tekanan Emosi



PENYANYI dan komposer lagu irama nasyid terkenal, Muhammad Yassin Sulaiman atau Yassin, 33, kini telah pulih daripada tekanan emosi setelah dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hal ini disahkan oleh isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena yang memaklumkan Yassin telah keluar dari hospital dan sudah kembali melakukan kerjanya yang tertangguh sebelum ini.

Sebelum ini, Yassin dikhabarkan telah jatuh sakit akibat terlalu sibuk dengan kerja.

Bagaimanapun, Eena enggan memberikan komen lanjut mengenai sebab-musabab, bila dan di mana suaminya berada sebelum ini.

“Dia dah ‘ok’ selepas keluar dari hospital. Situasi yang dia hadapi merupakan sebahagian daripada hidupnya. Ada hari kita ‘ok’, dan ada hari kita tak ‘ok’. Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Saya tak nak komen pasal tu,” kata bekas wartawan hiburan New Straits Times ini.

Jelasnya, jika orang bertanyakan tentang Yassin, dia hanya mampu menjawab, “Apa seorang isteri patut buat… Saya tak nak cerita apa-apa lagi. Biar dia yang buat kenyataan nanti pasal sakit apa, bila dia masuk hospital..biar dia jawab kemudian. Sekarang, dia sedang menyiapkan kerja yang dia dah janji dengan orang untuk siapkan sebelum ini. Jadi, dia kena tepati janji. Lepas tu biar dia rehat sikit dan selepas itu baru dia akan bersedia untuk menjawab soalan daripada pihak media,” ulas ibu kepada dua orang anak – Sameer, 5 dan Malaika, 1.

Sejak Yassin dimasukkan ke dalam hospital, berita itu masih menjadi ‘misteri’ dikalangan para pengikut industri tempatan. Sehingga baru-baru ini ada telahan yang mendakwa Yassin terlibat dengan dadah sehingga dimasukkan ke wad psikiatri. Bagaimanapun, Eena hanya tergelak apabila mendengar cerita tersebut.

“Cerita itu merupakan perkara baru dan pertama kali saya dengar. Tapi cerita pasal dadah tu tak betul. Ia hanya spekulasi dan merepek. Dia boleh duduk dan terangkan tentang semua perkara termasuk pelbagai spekulasi nanti,” jawab Eena yang turut bertindak selaku pengurus Yassin.

Eena yang menguruskan kerjaya suaminya sebagai penyanyi dan komposer lagu-lagu berentak ‘world music’. Terbaru, Yassin tampil dengan album Arus Qudus yang memuatkan lagu Arus Qudus, Kau Yang Mengetahui dan Bismillah. Selain menggubah lagu untuk albumnya, Yassin turut mencipta lagu untuk penyanyi Bienda dan Akhbar.

Yassin juga pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi. Sebelum ini, Yassin pernah mengaku menghidapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam nyanyian (2001 hingga 2005). Sebelum itu Yassin pernah menyertai kumpulan nasyid Brothers.

“Ia bukanlah sesuatu yang asing sebab penyakit ini sebenarnya sudah mula menyerang manusia sejak zaman dahulu lagi cuma orang ramai tidak begitu arif dan tidak ambil peduli. Kenyataannya, lebih 80 peratus jumlah manusia di muka bumi ini melalui masalah yang sama ketika meningkat dewasa,” katanya yang dipetik dari sebuah akhbar perdana. [sumber]

Tags: ,

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Tips Menghilangkan Bau Peluh dari Rexona
  • Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sorakan Emosi FC VS UITM
  • Pure Salt Dead Sea Selesaikan Masalah Kesihatan Anda
  • Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Melaka Petang Ini
  • ADV: Cara Berkesan Tingkatkan Kesuburan Lelaki
  • Gambar Sekitar Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Hang Tuah Melaka
  • Gunakan Clenz Untuk Buang Toksin dari Badan
  • Advertorial: Kuruskan Badan Dengan Produk Baru Langsing SIY Yang
  • Tragedi Mas Stress & Mengamuk di Balai Polis Ampang
  • Suami Penyanyi Popular Tak Subur?



  • 3 Komen untuk entri “Penyanyi Yassin Ada Masalah Tekanan Emosi”

    1. syazleen kata:

      Semoga cepat sembuh hendaknya.

      Amin..

    2. Ntahla.. kata:

      Kesian Yassin..walau sesibuk mne pun..kesihatan tu kne jge gak..hrp2 dia cepat pulih…

    3. apokalips kata:

      salam..yassin…diharap bersabar menghadapi dugaan hidup ini..kalo resah gelisah dalam emosi…bwk2 la berdoa pada yang Esa mintak dipermudahkan & ada penyelesaiannya….

      harap moga cepat sembuh..we all support u!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK