in

Penyanyi Terkenal Meriahkan An Evening With Warner Music

Pada jam 4 petang ini, Budiey hadir di An Evening With Warner Music, satu acara santai bagi meraikan media dianjurkan oleh Warner Music Malaysia di The Bee, Publika.

Menariknya, banyak sekali hadiah menarik menanti media menerusi cabutan bertuah dan Pakaian Terbaik untuk media yang hadir termasuklah tiket ke Konsert Ed Sheeran, barangan elektrik & gadget, pakej trip ke Australia dan banyak lagi lah.

An Evening With Warner Music

Acara santai bertemakan glam star beronakan hitam dan emas ini turut dimeriahkan dengan persembahan ramai penyanyi terbaru di bawah naungan Warner Music Malaysia antaranya, Bella Nazari, Dewi Seriestha, Cassidy, Tuah SAJA, Tysha Tiar, Andi Bernadee dan Oceanlights.

Antara artis yang turut hadir ialah Kaka Azraf, Maya Karin, Awi Rafael, Winnie dan ramai lagi.

‘Acara ini turut menyaksikan pelancaran muzik video single terbaru Yassin berjudul DIALAH.

Turut hadir, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Mr Darren Choy dan A&R Manager Warner Music Malaysia iaitu Encik Mokhtaza Ahmad.

An Evening With Warner Music

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah James Cameron Disaman Meniru Cerita Filem Titanic

Ujibakat Pencarian JUMBO QUEEN 2017