in

Penyanyi Terkenal di Konsert Stanza Cinta Istana Budaya

Saksikan Amy Search, Jaclyn Victor, Noh Hujan, Adira, Haziq dan ramai lagi di Konsert Stanza Cinta pada 4 dan 5 April ini, di Panggung Sari, Istana Budaya. Berlangsung selama dua hari berturut-turut, persembahan konsert ini akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan, dibawah arahan Mustafa Fuzer. Barisan artis ini akan mendendangkan lagu-lagu yang bertemakan cinta dalam bahasa Melayu dan Inggeris.  Konsert ini diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Stanza Cinta

Menurut Jaclyn Victor, beliau sangat teruja untuk buat persembahan dan inilah masanya untuk meraikan meraikan ulang tahun ke-30, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama peminat dan penuntut UUM yang akan hadir.

“Selain saya, artis lain yang turut terlibat ialah Noh Hujan, Adira dan Haziq. Dalam konsert ini juga, saya akan berkolaborasi dengan Adira bagi menyampaikan lagu Cinta.”

Malah, katanya lagi, dua hari sebelum tibanya hari konsert berkenaan, dia akan sibuk menjalani latihan agar segalanya berjalan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Meet & Greet The Amazing Spider-Man 2 di Singapura

NTV7 Siar Drama Bersiri Mata-Mata Dari Singapura