in , ,

Penyanyi Rock Awie Jadi Hos Program Tunggu Sekejap

Selepas Jangan Tidur Lagi dan BROS, malam Ahad para penonton TV3 akan terus diserikan dengan sebuah lagi program terbaru yang diberi nama Tunggu Sekejap, yang dihoskan oleh penyanyi Rock dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie mulai 11 November ini.

Tunggu Sekejap di sini bukannya judul telemovie lakonan Eira Syazira dan Fizo tapi ia merupakan program bual bicara berkonsepkan variety yang digarapkan dengan unsur-unsur pengajaran serta diselitkan dengan elemen-elemen hiburan. Awie tidak akan bersendirian kerana beliau akan ditemani oleh tetamu istimewa iaitu Nabil, Dina Nadzir dan Aiman Hakim Ridza.

Rakaman program ini dibuat di sebuah studio yang terletak di Taman Perindustrian Hicom-Glenmarie, Shah Alam. Pada jam 4 petang hari ini, Budiey dan media lain dijemput untuk bertemu dengan Awie Wings yang menjadi hos pertama kalinya ini.

Awie Berani Punya Budak
Awie

Jangan lupa tonton Awie sebagai pengacara Tunggu Sekejap.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Malam Gala Skyfall Anjuran NTV7

Konsert KPOP Storm Live di Malaysia