in ,

Penyanyi Popular Meriahkan Program Teh Tarik Satu

Teh Tarik Satu! Tarik sampai berbuih-buih! kembali lagi mendekati warga kota dan kali ini bertempat di Dataran Pangsapuri Seri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada hari Jumaat ini, 11 April 2014, jam 8.30 malam.

Sambutan hangat yang diberikan terhadap program yang telah memasuki tahun kelima ini, disemarakkan lagi dengan kehangatan Piala Dunia FIFA 2014. Bersempena dengan itu, KLfm menganjurkan kuiz ‘Rio to Malaysia’ semasa program Teh Tarik Satu! ini dijalankan. Para pengunjung yang berjaya menjawab soalan dengan betul akan membawa pulang hadiah berupa barangan eksklusif Piala Dunia FIFA 2014.

Tasha Manshahar

[pullquote]Tasha Manshahar, Syed Shamim, Aishah dan Mark Adam Antara Artis Meriahkan Program “Teh Tarik Satu!” KLfm Sempena Sambutan Piala Dunia FIFA 2014[/pullquote]

Menurut Pengurus Radio Malaysia KLfm, Puan Normah Abdul Aziz, keunikan dan pendekatan ini akan menyuntik rasa semangat kesukanan dalam industri hiburan secara positif serta mewar-warkan RTM sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2014.

Pengunjung akan dihiburkan dengan artis-artis hebat tanah air seperti Tasha Manshahar, Syed Shamim, Aishah dan Mark Adam. Barisan deejay kesayangan ramai seperti DJ Sonic, DJ Nazrie, DJ mimie, DJ Leez dan ramai lagi pagi merancakkan Teh Tarik Satu! tarik sampai berbuih-buih! Istimewanya, semasa program ini berlangsung, pengunjung akan menikmati teh tarik yang disediakan secara percuma.

Jangan lupa janjitemu anda Jumaat ini pada jam 8.30 malam di Dataran Pangsapuri Seri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Teh Tarik Satu! tarik sampai berbuih-buih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eminem & Rihanna Perform The Monster at 2014 MTV Movie Awards

Kumpulan Airasia Berpindah Ke KLIA2 Pada 9 MEI 2014