in ,

Penyanyi Nurul Wahab Selamat Melahirkan Anak Kedua

Menurut sumber Berita Harian, penyanyi, pelakon dan pengacara Nurul Wahab telah selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp. Bayi lelaki yang diberi gelaran Baby R dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang semalam. Baby R seberat 2.48 kilogram dilahirkan secara pembedahan.

NURUL WAHAB

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu memuat naik berita gembira itu lewat tengah malam tadi di laman Instagram miliknya selain sempat menghebahkan perkara berkenaan di blog beliau di www.nurulwahabdepp.wordpress.com.

“Keadaan saya dan anak kedua okey. Cuma bayi dilahirkan tak cukup bulan maka dia dipantau dan diletakkan di dalam inkubator. Saya dinasihatkan berehat dan dilarang menerima pelawat lagi buat masa ini,” katanya.

Selain Nurul, bulan ini turut menyaksikan ramai artis tanah air menyambut kelahiran anak antaranya Sharifah Aleya, Ayu Damit dan Black Hanifah.

Anak pertama Nurul bernama Zachary Depp.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Rafar Failkan Cerai

Zapin Api Menguji Kekebalan Penari