in

Penyanyi ND Lala Disamun 10 Mat Rempit

Laporan mengejutkan dari Harian Metro pagi ini melaporkan tentang penyanyi & pelakon veteran ND Lala yang juga ayah kepada Shila Amzah telah dikepung dan di samun oleh sepuluh orang mat rempit yang sangat ganas pada jam 3.40 pagi di Jalan Genting Klang semalam.

KUALA LUMPUR: “Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.

“Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka.”

Demikian kata penyanyi dan pelakon, ND Lala ketika menceritakan kejadian dia disamun manakala kereta BMW miliknya dirosakkan sekumpulan Mat Rempit di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada jam 3.40 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.

“Saya singgah di stesen minyak itu dan selepas ke tandas, saya masuk semula ke dalam kereta sebelum membuka telefon untuk membaca SMS.

ND Lala

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Upin & Ipin Top 5 Ranking Dunia Di Facebook

Norman Halim Receives MPA Award For Promoting Content Protection In Asia Pacific