Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Penyanyi Nash Bercerai Dengan Isterinya, Sosilawati Lawiya?



Rumahtangga yang dibina Nash pada 16 November 2006 dengan usahawan kecantikan Sosilawati Lawiya kini retak menanti belah. Khabarnya, keretakan itu tidak dapat diselamatkan lagi walaupun dilekat dengan ‘gam’ sekalipun. Selama 10 bulan bersama, kini isteri Nash telah memfailkan tuntutan cerainya di mahkamah. Namun, Nash mengatakan dia tidak melafazkan cerai lagi.

“Ketika di bulan keempat perkahwinan kami, saya sudah dapat rasakan sesuatu tidak kena.  Keretakan yang dikesan cuba diatasi dengan musyawarah….,” katanya lagi. Dia banyak melukakan hati saya. Itu saja yang boleh saya cakap. Saya harap peminat saya akan mendoakan kesejahteraan keluarga saya dalam apa keadaan sekalipun dan apa jua keputusan yang saya ambil.” mStar Online

Hanya satu saja pintanya ketika ini, “Tolong sampaikan salam saya pada peminat. Minta mereka doakan kebahagiaan saya dan anak-anak.”

Budiey harap segala kemelut rumahtangga Nash akan dapat diselesaikan dengan kewarasan dan jiwa yang tenang sempena Ramadan yang mulia ini.

Updated: 27 September

Mahkamah izin isteri halang Nash keluarkan wang
SHAH ALAM:  Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini membenarkan permohonan injunksi oleh isteri penyanyi Nash untuk menghalangnya menunaikan cek bank atau draf bank bernilai RM400,000 dan melakukan sebarang transaksi ke atas rumah yang didudukinya.

Hakim Shaarani Ismail membenarkan permohonan Sosilawaty Lawiya, 44 [foto, kiri], yang hadir bersama peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam satu prosiding di dalam kamarnya.

Di luar mahkamah, Mohd Zaidi berkata permohonan sebelah pihak (exparte) itu bertujuan menghalang Nash, 48, atau nama sebenarnya Jamaludin Elias daripada menunaikan cek bank atau draf bank bernilai RM400,000 yang didakwa telah dikeluarkan daripada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW) milik penyanyi itu.

Beliau berkata wang bernilai RM400,000 itu adalah milik Sosilawati yang telah didepositkan ke dalam akaun ASB dan ASW Nash untuk tujuan lain tetapi oleh kerana mereka berdua sedang mengalami masalah rumah tangga, isteri penyanyi itu bimbang wang berkenaan dikeluarkan oleh pihak responden (Nash).

“Kebimbangan itu menjadi satu kenyataan apabila beberapa hari lepas, responden telah mengeluarkan wang tersebut hasil daripada maklumat yang anak guam saya perolehi.

“Kami cuba pada hari ini untuk mendapat perintah injunksi terhadap responden daripada menunaikan cek bank atau draf bank yang diperolehi oleh responden,” kata beliau lagi.

Mohd Zaidi berkata oleh kerana jumlah wang yang dikeluarkan itu besar maka wang itu telah diberikan kepada responden oleh pengurus ASB dan ASW dalam bentuk cek bank atau draf bank.

Beliau juga berkata Sosilawati mendepositkan wangnya ke dalam akaun ASB dan ASW Nash sebelum ini atas dasar kepercayaan kepada suaminya itu dan bukannya menyerahkan duit itu kepada pihak responden.

Selain daripada itu, Sosilawati memohon kepada mahkamah supaya tidak ada sebarang transaksi boleh dilakukan ke atas sebuah rumah di Shah Alam atas nama Nash yang beliau telah melunaskan hutang pinjaman bank ke atas hartanah itu bernilai RM480,000.

Mohd Zaidi berkata Sosilawati cuba mendapatkan tarikh segera bagi perintah injunksi itu bagi mengelakkan kezaliman dan kerugian ke atas dirinya.

Beliau juga berkata Sosilawati telah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan Nash di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada minggu lepas dan sedang menunggu perbicaraan kes itu. BERNAMA 

[tags]nash cerai, isteri nash minta cerai, fail cerai artis, artis bercerai, gossip nash, berita cerai selebriti, perceraian nash, selebriti ternama bercerai, profile nash, gambar nash, gambar bini nash[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sosilawati Lawiya Nouvelles Visages Dakwa Nash Keluar RM400 Ribu
  • Nash Terkejut Sosilawati Dibunuh
  • Perceraian Nash dan Sosilawati Lawiya Tidak Sah
  • Nash dan Betty Benafe Bercinta?
  • Gambar Sosilawati Lawiya Dibunuh Kejam
  • Sosilawati Lawiya Mati Dibakar
  • Misteri Kehilangan Sosilawati Lawiya
  • Suspek Pembunuhan Sosilawati Peguam Bergelar Datuk Ditahan
  • Konflik Urusan Jual Beli Tanah Punca Sosilawati Dibunuh
  • Gambar Jamal Abdillah dan Nash Ubaidillah di Rumah Terbuka PENGASIH



    • http://www.rjuna.net Rjuna

      la mintak cerai pulak dah, hope nash dapat lakukan apa yang terbaik, untuk keluarganya, bulan2 ramadhan ni tak elok cerai-berai

    • http://bintangdisurga.blogdrive.com erin

      hanya mampu doakan kebahagiaan nash dan anak-anak..
      semoga beliau terus sukses dan dimurahkan rezeki..

    • Nor

      Semoga abg Nash dan anak-anak tabah dan redha dgn apa yg terjadi…
      ada hikmahnya yg tersembunyi disebaliknya….

    • helisa

      Apa pun redha tabah hadapi dugaan dan rintangan….Semoga kebahgian nash dan anak-anak di bulan puasa nie ceria tabah hadapi dugaan.Tuhan menentukan segala galanya…….terima la kehendaknya..pasrah.HIDUP ABG NASH BERGEMBIRALAH DI HARI RAYA NANTI.GOOD LUCK

    • benang basah

      apa apa pun tggu la result mahkamah dulu..kat sini nmpk semua berat sebelah nash jer..mcm tak adil plak kat pangasas NV tu…mesti ada sebab depa berceraikan? korang kenal ker nash yg sebenarya? apa2 biar la depa selesaikan masalah depa dulu ok..

    • Righthanded

      setau aku dan kaum krabat, nash okey+sporting..
      awat bleh jd mcm ni xtau..
      apakan daya..`Tiada Lagi Kidungmu`
      ku melihat `Pada syurga di wajahmu`….
      Hope benda ni dpt setel dgn cara yg t`baik..

    • motivasi

      Allah & Nabi tinggalkn amanat bhw..suami wajib bg nafkah dn tanggung isteri sekeluarga..so, apa yg akn terjadi jika sebaliknye..?dan jika mmbebankan tanggujawab pd isteri walupun isteri itu jutawan sekalipon…hati isteri mana tahan dgn suami yg meminta dr isteri untuk prbelanjaan apa2 pon…kecuali dgn izin isteri dgn hati ikhlas..jgn sesekali kawin dgn niat utk amik kesempatan diats harta isteri…ingtlah renugn buat semua..k..apaapon referlah kat ustad lebih afdal…

    • KASIH

      mungkinkah kemewahan melebihi kasih sayang..

      sememangnya hal duit dan harta benda membuat seseorang itu menyingkirkan segala2nya..
      munkin pada nash hanyalah kasih sayang yg d berikan..sebaliknyanya sosilawati mengharapkan harta & kewangan lebih d utamakan..

      allahualam..

    • man

      Tulah bahananya berkahwin dengan wanita yang lebih berkuasa daripada suami.. hilang semua tanggungjawab serta pegangan yang sepatutnya kita laksanakan.. hanya yang ampunya diri sahaja yang tahu akan azabnya…

    • motivasi

      dugaan dari Allah untuk umatnya…….untuk nash dn sosila, inilah dugaan yg kamu hadapi yg tak bole kamu tangani dalam sedar…kembali lah pada yg sebenarnya agar apa yg kamu jalankan di dunia ini mendapat keberkatan….ingatlah segala apa yg kita dapat didunia ini semuanya adalah izin dari Allah…perkahwinan kamu walau sementara, mungkin ada hikmah atau petunjuk buat kalian berfikir….semoga kalian sentiasa tenangkan hati dn lapangkan dada dgn mengingati Allah selalu dlm apa jua yg dilakukan…ingtlah bahawa kita hanya sementara shj di dunia ini…..

    • qane

      Tiada sesiapa tahu perangai seseorang itu kecuali dia tinggal bersama. Nash mungkin sporting dengan orang luar tapi di dalam rumahtangga, dia mungkin tak bertanggungjawab. Hanya isteri yang tahu perangainya. Kalau tidak, takkan isteri nya yang dahulu lari.

      Seorang suami itu adalah pemimpin, kalau pemimpin gagal memimpin keluarganya, maka runtuhlah keluarga itu.

    • qana

      setuju dgn qane.

      suami yang gagal memimpin keluarga, gagal bertanggungjawab pada keluarga, adalah suami yang gagal dan rumahtangga juga pasti gagal.

      tak ada isteri yang suka diperalatkan walaupun dia sedia membantu suami. suami kenalah ada inisiatif juga. jangan harap disuap saja.

      dalam dunia sekarang ni, ramai lelaki cari perempuan kaya utk kesenangan hidup dan mereka fikir janda/balu kaya mesti desperate. dan berkahwin dgn mereka utk tumpang senang. salah besar tu!

    • http://www.yahoo.com.my mici

      wei qane,,

      isteri nash yang dulu tu bukan lari tapi diceraikan kerana curang.. lain kali soal siasat dulu

    • http://abghaib.com balaci

      ternyata qane tu orang die, hati busuk, kaki dengki

    • http://abghaib.com balaci

      brape tarikh lahir dioorang

    • Darkzz

      ape yg aku tau….bini nash nih jenis pompuan yg sosial…byk bende2 yg x elok dia buat nyer..faham2 jer la yer..ehehe! Elok la dia bercerai..drpd hidup menderita

    • la bella

      klau sosilawati ni tau die kaye, watpe die pilih nash.
      baik die crik yg standard die gak.
      mesti die ikhlas nk kat nash. tp nash yg wat perangai ngan die.

    • ayumi_86

      uih baru kawin da cerai da….artis artis………….
      tula kejenye cerai cerai

    • secret

      cik KASIH klau cik sosilawati nk pandang harta duit dia pun dh banyak..
      buat ape die nk pndg harta,bagi dia harta bukan lah penting dlm hidup dia tp kasih sayang dan kejujuran seseorang untuk dia itu yang penting..

      darkzz,
      awk ni ckp sosilawati ni sosial awk selalu mengintip dia ke??
      ntah2 awk tu lg sosial dari sosilawati that’s y awk tau..
      ke awk jealous ngn kemewahan dia..
      jangan pandang orang dari luaran..
      awk tu siape nk menilai seseorang tu..
      menilai diri sendiri sebelum mengata orang..

      cik mici saya x tau lah nash ceraikan isteri dia yang lama atau isteri dia yang lama mintak cerai tapi cik mici kalau rumahtangga seseorang tu bahagia isteri die takkan curang dekat suaminya btul tak??
      mesti ade kesilapan..

    • siti nur fatimah

      hai semua saya ni anak SOSILAWATI,saya setuju dgn katax2 secret kata tu. Mak saya bukanlah sosial,mak saya tu buisness woman dia tahulah tanggungjawab seorg ibu dan isteri ,kadang setengah laki ni dah dibagi betis nak peha sebenarnya papa nash kahwin tak ikhlas dgn mak saya,dah dpt menyelesaikan masalah dia macamx2lah dia tuduh mak saya yg x betul,kalaulah dia suami yg beriman dan ada pendidikan agama dia tak buat macam 2 dgn mak saya. TOLONG LAH PAPA NASH INSAF.

    • Rozlee

      Salam semua..Saya sebagai seorang suami dan juga bapa kepada anak-anak saya sungguh bersimpati terhadap keluarga yang bercerai berai terutamanya kepada anak-anak mereka, sepertimana saya yang dahulunya terbiar dan di buang kesini sana. Dengan pertolongan Allah dan kesabaran saya menjadi seorang manusia. Kasihanilah wahai manusia bergelar bapa dan suami Insaflah sebagaimana keluhan seorang Anak yang bernama siti nur fatimah itu…, Soalannya..Adakah seorang Anak kecil akan berbohong atas kebaikan dan keimanan IBUnya.., dan dia masih berdoa agar Papa Nash terbuka pintunnya menjadi seorang yang beriman..InsyaAllah..

      .. Itulah yang di katakan anak Solehah..Wassalam

      dari..Ayahanda Rozlee

    • zai

      assalammualakum…

      kak sosilawati, saya faham apa yg akak sdg alami bilamana isteri berkerja siang malam mencari rezeki yg suami duduk kt rumah..rileks je…tahu nak duit je…suami jenis apa ni? hanya sesiapa yg pernah alami saja yg tahu. saya sokong akak mohon fasaks supaya lelaki ni sedar bahawa untuk senang bukannya dtg bergolek mcm tu…kita kena berkorban masa, anak2 terpaksa ditinggalkan semata2 untuk meyara hidup sendiri dan anak2 lantaran suami yg tak bertanggungjawab menyara keluarga…

    • Wai

      Pisau cukur to the core!!! Nash tu memang jantan yang tak tau malu!! Kahwin tu biar ikhlas jangan kahwin wanita tu untuk wang nya.
      Insaf lah kau si jantan tak tau malu!!! Semoga Sosilawati dan anak-anak nya bahagia.

    • Nadia

      ORANG BUTA JUGA BOLEH RASA APA MOTIF SEBENARNYA NASH MENGAHWINI ALLAHYARHAMAH DATUK SOSILAWATI,KERANA BARU BEBERAPA BULAN BERKAHWIN DAH ADA MASAALAH DAN DAPAT AMBIL HARTA SEBANYAK ITU!SIAPA MAKAN CILI ORANG ITULAH YANG RASA SANGAAAT PEDASSSSS!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK