in ,

Penyanyi Latif Ibrahim Meninggal Dunia?

Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN

Masa tengah-tengah buat liputan di Konsert Muzik Festival Melayu semalam, Budiey terbaca banyak sekali rakan-rakan di twitter yang tweet tentang kematiah seorang anak seni, Latif Ibrahim. Namun begitu, mengikut rakan wartawan, berita kematian tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Ternyata, penyanyi terkenal di zaman 80-an itu masih dalam keadaan kritikal di Institut Jantung Negara.

Namun, pagi ini, Budiey masih belum pasti kerana terbaru, Budiey dapat lihat ada ucapan – Al-Fatihah untuk Latif Ibrahim. Yang mana satu betul ni, Budiey pun tak pasti.

latif_ibrahim

Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar.

Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu.

Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.

“Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak ‘shooting’ ke?” katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.

Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.

Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.

“Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya,” kata Liza.

Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.

Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang.

Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.

Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Festival Melayu di Marina Barrage

Drama Pulau Arahan Pertama Azma Aizal Yusof