Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Penyanyi Hip Hop Didakwa Rogol Anak Tiri



Semalam lagi, Budiey dapat tahu tentang berita penangkapan seorang penyanyi R&B dan Hip Hop ini kerana didakwa merogol anak tirinya. Cuma siapakah penyanyi ini masih lagi menjadi tanda tanya walaupun klu siapakah gerangan artis ini telah pun diberikan dalam media massa.

Ahli kumpulan tersebut yang berusia lewat 30an juga merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi sebuah filem tempatan yang pernah memenangi anugerah di sebuah festival filem antarabangsa.

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman selanjutnya ya.

Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular terkenal tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam dan direman selama seminggu.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain. via Harian Metro

Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Betty Benafe Ibu Tiri Drama Yusuff
  • Azmil Mustapha Didakwa Mengkafirkan Kerajaan
  • OZLYNN WATI, FAIZAL YUSUF DALAM PENGHUJUNG KASIH AYAH
  • Situ Sana Sini: Beckham, Shilpa Shetty & Mazidulakmal Didakwa?
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Benjy Mengaku Tak Bersalah Miliki Methamphetamin
  • Siapa Penyebar Video Porno Mirip Ariel Luna Maya
  • Farid Amirul Hisham Abdullah Mengaku Tidak Bersalah Curi Buku
  • Kehidupan 2 Putera Kacak dalam Princes of Malibu
  • Avril Lavigne Didakwa Mabuk di Konsert Black Star Malaysia



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK